Monday 22 October 2012

PROGRAM INTERAKTIF KELUARGA

 Ucapan Pengerusi Majlis
Penceramah bersama Imam Hj Tamrinan

Bacaan Doa
Peserta terdiri dari ibu bapa, pelajar dan guru

cenderahati peserta
 cenderahati peserta

TARIKH : 23 OKTOBER 2012
TEMPAT : DEWAN PEJABAT RISDA PONTIAN
MASA : 6.30 PM - 11.00PM
AKTIVITI : 1. SOLAT BERJAMAAH MAGRIB
                    2. BACAAN YASSIN
                    3. SOLAT HAJAT
                    4. SOLAT ISYAK
                    5. CERAMAH MOTIVASI DAN DIALOG
                    6. PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI

PERSONALIA : HJ MD ALI BIN ABDULLAH


PROGRAM CERAMAH ALAM REMAJA 2012

TARIKH : 23 OKTOBER 2012
TEMPAT :  SURAU SK PEKAN NANAS
MASA : 8.00AM HINGGA 10.30PM
PESERTA : 108 PELAJAR LEPAS UPSR
PERSONALIA : HJ MD ALI BIN ABDULLAH


PROGRAM HATI KE HATI SMK DATO ALI HJ AHMAD

TARIKH : 22 OKTOBER 2012
MASA : 8.00 AM - 12.30 PM
TEMPAT : SANGGAR ILMU SMK DATO ALI HJ AHMAD

PESONALIA : PUAN PREMA A/P GOBINDA RAJU DAN TUAN HJ MD ALI BIN ABDULLAH DAN MAJLIS GURU BIMBINGAN KAUNSELING DAERAH PONTIAN

Program Jatidiri Sekolah Rendah 2012

TARIKH 16 -18 OKTOBER
TEMPAT : PUSAT KO-KURIKULUM SG TEMPAYAN PEKAN NANAS
PESONALIA : EN. RAHMAT SARBANI DAN TUAN HJ MD ALI BIN ABDULLAH

Sunday 14 October 2012

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA KALI KE-51 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012

TARIKH 18 DAN 19 OKTOBER 2012

PESERTA DAERAH PONTIAN : 8 PELAJAR DUA PENGIRING
TENTATIF : 7.00AM BERTOLAK KE TAMAN SINAR HARAPAN JUBLI . JB
DIJANGKA SAMPAI KE KLCC JAM 2.30PM

BERMALAM DI HOTEL EASTIN NILAI

BERGERAK KE ARAS 2, DEWAN SRI SIANTAN, KOMPLEK PERBANDARAN PUTRAJAYA PERSINT 3.










PROGRAM MOTIVASI "SERLAHKAN POTENSIMU."

Wednesday 3 October 2012

Gambar Semasa Program JKKD Pontian

PROGRAM DI SK AYER BALOI 
PELAJAR LEPAS UPSR
PESERTA MEMBERIKAN FOKUS SEMASA AKTIVITI
 PROGRAM DI SK AYER BALOI PONTIAN 


PROGRAM KEPIMPINAN SMK SRI KUKUP
AKTIVITI PROGRAM JKKD SMK SRI KUKUP
 MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR 5 DAN 6 OKTOBER
  MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR 5 DAN 6 OKTOBER
  MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR 5 DAN 6 OKTOBER
  MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR 5 DAN 6 OKTOBER
  MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR 5 DAN 6 OKTOBER
 AKTIVITI KUMPULAN
 LEBIH 350 PESERTA TERDIRI PELAJAR BARU 2012
 AKTIVITI PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
 20 KUMPULAN SEDANG MENJALANKAN TUGASAN 
 PROGRAM SELAMA DUA HARI 5 DAN 6 OKTOBER 2012
 5 OKT DI KUKUP GOLF RESORT






 AKTIVITI MENCABAR MINDA PESERTA
6 OKTOBER 2012 DI DEWAN TEKNOKRAT KMJ

Mesyuarat JKKD

Tarikh : 12 Okt 2012
Masa  : 3.00pm
Tempat : Bilik Mesyuarat JKM Pontian
Pengerusi : Hj Md Ali Bin Abdullah

Agenda :-

1. Aluan Pengerusi
2. Pembentangan Minit Mesyuarat lepas
3. Pembentangan Penyata Kewangan
4. Laporan Pengerusi Jawatankuasa
5. Pembentangan Laporan aktiviti JKKD
6. Perancangan penggal akhir 2012
7. Borang pencalonan jawatankuasa 2012-2014
8. Hal-hal lain
9. Penutup


semua Jawatankuasa diwajibkan hadir.
   

Printah Khidmat Masyarakat (PKM)

2,730 jalani hukuman khidmat masyarakat, ramai golongan muda
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
'Terpengaruh gaya hidup mewah'
Che Ngah bersama pegawai JKM dan wakil NGO di Institusi Pertubuhan Sukarela Kebajikan di Gunung Ledang Resort.
MUAR -  Sebanyak 2,730 kes membabitkan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) direkodkan di negara ini, dan separuh daripada jumlah itu didapati melakukan kesalahan membabitkan harta-benda, terutamanya mencuri.

Pengarah Bahagian Perintah Khidmat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Che Ngah Ismail berkata, ramai golongan pertengahan bawah melakukan kesalahan itu  kerana terpengaruh dengan gaya hidup moden dan mewah seperti mahu memiliki telefon pintar.

Menurutnya, apabila tidak berkemampuan membelinya, mereka tiada pilihan lain lalu mencuri.

“Kajian kita mendapati golongan muda iaitu berusia antara 18 hingga 21 tahun yang tertakluk kepada PKM, sebahagian besar datang daripada keluarga bermasalah serta miskin.

“Mereka menginginkan gaya hidup mewah, sedangkan tidak mampu. Sebab itu, mereka melakukan kesalahan seperti mencuri dan dikenakan tindakan oleh mahkamah di bawah PKM,” katanya selepas menyampaikan taklimat peluasan pelaksanaan PKM di institusi pertubuhan sukarela, di Gunung Ledang Resort, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah.

Taklimat berkenaan diadakan khusus bagi memberi penerangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan terbabit sama melaksanakan PKM di seluruh negara tidak lama lagi.

Che Ngah berkata, sejumlah 1,472 iaitu 54 peratus kesalahan di bawah PKM dilakukan membabitkan harta-benda diikuti 217 kes dadah, sabit manusia (139), lalu lintas (636) selain senjata (52) dan lain-lain (214).

Tambahnya, kesalahan berkenaan menyebabkan pesalah muda terbabit diperintah melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi 240 jam pada masa dan tempat ditentukan oleh mahkamah mengikut Seksyen 293(1)(e)(i) Kanun Tatacara Jenayah.

“Sejak dilaksanakan pada 2008, kita dapati daripada 1,200 pesalah muda yang sudah menjalani program ini, 96 peratus daripadanya tidak mengulangi kesalahan sama dan hanya 3.36 peratus kembali melakukan kesalahan selepas enam bulan dibebaskan berdasarkan data diperoleh bersama Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan statistik, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 382 diikuti Kedah (322), Selangor (311), Johor (218) dan Negeri Sembilan (208).