Tarikh 26 Jun 2012
Tempat : Dewan SMKTK
Masa: 11.00 am -2.30pm
Sasaran : 250 pelajar perempuan tingkatan 1,2 dan 4
Anjuran JKKD Pontian dan UBK SMK Teluk Kerang
Tuesday, 26 June 2012
Thursday, 21 June 2012
Perancangan Program JKKD Jun 2012
24 Jun 2012 - Seminar Keibubapaan Di SMK Tan Sri Othman Saat
29 Jun 2012 - Jatidiri Pelajar - Pusat Ko-Kurikulum JPNJ Tasik Utara
30 Jun 2012 - Seminar Keibubapaan Di Kukup Golf Resort
Semoga masej dapat disampaikan dengan berkesan.
LAPORAN PROGRAM
TARIKH : 24 JUN 2012
MASA : 8.00AM -12.45PM
TEMPAT : DEWAN SMK TSN SRI OTHMAN MOHD SAAT PONTIAN
KEHADIRAN : 146 PELAJAR , IBU BAPA DAN GURU
TARIKH : 29 JUN 2012
MASA : 8.00PM-11.45PM
TEMPAT : DEWAN KO-KURIKULUM JPNJ
KEHADIRAN : 80 PELAJAR , IBU BAPA DAN GURU
TARIKH : 30 JUN 2012
MASA : 8.00PM -10.45PM
TEMPAT : DEWAN KGR
KEHADIRAN : 46 PELAJAR DAN GURU

Monday, 18 June 2012
Masalah Ponteng Sekolah Daerah Pontian 2012
Masalah Ponteng Sekolah Daerah Pontian 2012 - GPK HEM SMK SRI KUKUP
MASALAH ponteng sekolah bukan perkara baru tetapi kegagalan mengambil tindakan berterusan menyebabkan gejala itu terus menular sehingga membimbangkan.
Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 90 peratus adalah lelaki dan10 peratus lagi pelajar perempuan.
Pelajar sekolah menengah, terutama berusia 14 dan 15 tahun, dikenal pasti kumpulan majoriti terbabit dengan gejala ponteng.
Masalah itu dikesan lebih ketara di kalangan pelajar sekolah menengah di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Menurut kajian, antara faktor yang mungkin menjadi punca keadaan itu ialah sebagai remaja, ada pelajar di peringkat menengah mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan perubahan hidup mereka, khususnya daripada aspek psikologi, dari alam kanak-kanak ke alam dewasa.
Mereka ingin mencuba sesuatu yang baru dan suka melihat perkara baru.
Dalam membuat eksperimen kehidupan, kadang-kadang ada antara mereka terperangkap dalam situasi kehidupan sebenar dan sukar untuk berpatah balik sekiranya tidak ada bimbingan.
Kebanyakan pelajar bermasalah suka ponteng sekolah kerana menghadapi masalah menyesuaikan diri dalam tempoh itu dan mereka didapati terperangkap dengan amalan negatif kerana hilang minat atau motivasi ke sekolah.
Faktor lain yang boleh menyumbang ke arah gejala ponteng di kalangan pelajar ialah kerana terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya.
Justeru, tindakan membenarkan polis menahan pelajar ponteng dan melepak di pusat beli-belah boleh mengurangkan masalah itu, walaupun bukan penyelesaian kepada permasalahan secara menyeluruh.
Jalan penyelesaian jangka panjang yang lebih baik ialah menerusi peraturan dan disiplin sekolah yang lebih ketat dan faktor penarik di sekolah yang dapat menarik pelajar untuk sentiasa berada di sekolah.
Apabila pelajar suka kepada persekitaran di sekolah, kecenderungan mereka sentiasa berada di sekolah boleh membantu mengatasi gejala ponteng.
Sehubungan itu, langkah polis Kuala Lumpur untuk menahan pelajar sekolah yang didapati ponteng kelas dan merayau-rayau di pusat beli-belah serta pusat hiburan di sekitar ibu negara adalah langkah membendung gejala ponteng yang mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak.
Walaupun Presiden Majlis Peguam, Khutubul Zaman Bukhari, dilaporkan berkata langkah menahan pelajar ponteng adalah salah di sisi undang-undang kerana tiada peruntukan membenarkan polis bertindak sedemikian, tetapi ramai berpendapat langkah polis Kuala Lumpur itu wajar sebagai menunaikan tanggungjawab sosial.
Beberapa pertubuhan pula seperti Badan Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan serta Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM) turut menyokong dan bersetuju usaha polis itu sambil meminta ia diperluaskan ke seluruh negara.
Ini kerana saban hari kelihatan ramai pelajar yang masih berpakaian sekolah berpeleseran di pusat beli-belah dan pusat hiburan bukan sahaja di tengah bandar raya Kuala Lumpur tetapi juga di bandar seluruh negara.
Menteri Pelajaran, ketika menyokong cadangan polis itu, meminta Majlis Peguam mengemukakan cadangan bagaimana polis boleh membantu mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar berikutan bantahan pertubuhan berkenaan.
Beliau berkata, masalah pelajar berkeliaran dan melepak di pusat beli-belah pada waktu sekolah perlu dilihat dari segi menangani satu masalah sosial.
Menurutnya, yang penting dalam soal pelajar ponteng sekolah itu sekarang ialah matlamat, bukannya untuk membincangkan perkara yang boleh dijadikan halangan.
"Isunya bukan dari segi perundangan tetapi masalah sosial yang berhubung kait dengan masa depan anak kita," katanya.
Apapun, tindakan polis Kuala Lumpur itu perlu dilihat positif oleh semua pihak kerana pada masa ini tiada cara lain yang lebih berkesan melainkan peranan pihak berkuasa dan penguatkuasaan undang-undang yang dapat membantu membendung masalah itu.
Masalah ini seperti duri dalam daging yang menghancurkan anak bangsa kita yang dalam usia muda sudah terbabit dalam kegiatan negatif sehingga ada kes pelajar yang ponteng sekolah terbabit dalam jenayah dan dadah yang menjadi musuh negara.
Pihak sekolah dan institusi kekeluargaan didapati gagal menangani masalah itu dan polis dilihat dapat memainkan peranannya supaya masalah ini dapat ditangani daripada terus berleluasa.
Masyarakat perlu menyokong usaha ini kerana polis bersedia membantu mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah walaupun terpaksa melakukan tugas tambahan.
Cadangan itu dikemukakan hanya semata-mata kerana tanggungjawab sosial polis untuk membantu masyarakat menangani masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah.
Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memberi jaminan, polis tidak akan menahan pelajar yang ponteng sekolah di dalam lokap sebaliknya ditahan seketika di balai polis sebelum diserahkan kepada ibu bapa masing-masing.
"Konsepnya hanya menahan pelajar dan kemudian hubungi ibu bapa mereka.
Ia dilakukan kerana mungkin ibu bapa tidak tahu perbuatan anak masing-masing atau mungkin juga tidak mampu mengawal tingkah laku mereka.
"Ibu bapa yang ambil berat masa depan anak mereka, sepatutnya menyokong tindakan ini. Jika ditakdirkan anak saya sendiri ditahan kerana ponteng sekolah, saya bersyukur dan terima kasih kepada polis kerana membantu perkara ini," katanya.
Gejala ponteng boleh menjuruskan pelajar ke arah perkara negatif kerana ada pelajar yang ponteng kerana berasa tertekan di sekolah dan mencari jalan keluar dengan berpeleseran.
Berikutan itu pengetua atau guru besar dan guru perlu berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang benar-benar ceria dan menyeronokkan pelajar.
Ponteng tidak harus dianggap masalah remeh kerana gejala itu antara salah laku yang boleh menjuruskan pelajar ke arah amalan kehidupan negatif seperti budaya lepak dan berfoya-foya.
Sehubungan itu, selain pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat juga perlu bekerjasama membasmi gejala itu.
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya.
Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.
2. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
Pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya “kawan baru” ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.
Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.
3. Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.
4. Mencari Keseronokan
Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.
5. Peraturan sekolah yang terlalu ketat
Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu.
Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.
6. Tekanan Ekonomi
Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH
1. Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah.Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya.

Program Jati Diri Pelajar Daerah Pontian 2012
Sasaran : Pelajar yang terlibat gejala sosial Sekolah Menengah Daerah Pontian
Tarikh : 19 Jun 2012
Masa : 8.00 am - 5.00pm
Tempat : Dewan SMK Ayer Baloi
Aktiviti : 1. Ceramah 2. LDK
Penceramah : Hj Md Ali bin Abdullah (Pengerusi JKKD Daerah Pontian)
Fasilitator : Kaunselor Daerah Pontian

Saturday, 9 June 2012
PROGRAM SAHSIAH REMAJA
Program Pencegahan Jenayah: Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Bersama (SEKATA) Daerah Pontian 2012 dijalankan seperti ketetapan dibawah:-
Tarikh : 11 dan 12 Jun 2012
Tempat : Dewan Iskandar SKTMIS 1
Peserta : 50 orang pelajar satu sesi
Masa : 8.00 am - 5.00petang
Ajuran Bersama NCWO, PPD PONTIAN DAN JKKD PONTIAN

Subscribe to:
Posts (Atom)