Friday 19 April 2013

Al-Fatihah buat Mohd Fakrul dan Mohd Ridhuan JKM Mersing


Dua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mersing maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian di Kilometer 99 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Extral dan Toyota Hilux yang dipandu dari arah bertentangan.

Ketua Cawangan Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Asisten Superintendan Azmi Suratman berkata, Nissan Extral yang dinaiki tiga kakitangan JKM Mersing itu dalam perjalanan balik dari Negeri Sembilan menuju ke Mersing telah bertembung dengan Toyota Hilux dari arah bertentangan menuju ke Kluang.

Akibat pertembungan itu menurutnya, Pegawai JKM Mersing, Mohd Fakhrul Bahari, 28 dan pemandu JKM, Mohd Ridhuan Yusof, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala, rakannya, Mohd Azahari Ya, 29, serta pemandu Toyota Hilux, Leew Yoon, 32, cedera parah.

“Kereta dinaiki Leew Yoon dari Mersing telah bergesel dengan kenderaan lain sebelum bertembung dengan Nissan Extral tersebut.

“Bagaimanapun, punca kejadian masih lagi dalam siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian ini diminta dapat memberikan maklumat yang tepat agar siasatan lebih terperinci dapat dilakukan,” katanya.
Kata Azmi, dua mangsa yang cedera parah masih dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom berikutan mengalami kecederaan teruk di bahagian kaki dan badan.

Manakala, jenazah Mohd Fakhrul akan dihantar dan dikebumikan di kampung halamannya di Langkawi manakala Mohd Ridhuan dikebumikan di Mersing, semalam.

Monday 15 April 2013

Masanya telah tiba....Perginya tak kembali

Pagi ini seperti hari-hari yang biasa... sebaik sahaja punch card... aku disapa seorang guru, Cikgu MPV mengadu hal ada pelajat tingkatan 1.. anak yatim dan tiada apa2 bantuan... mohon diberikan  perhatian untuk mendapatkan bantuan.... selesai mengambil data Pengetua memberi isyarat untuk segera ke Tapak Perhimpunan menguruskan tindakan pada pelajar yang tidak menyiapkan kerjarumah terancang.... ramainya yang ditahan... termasuk anak guru juga.... mmmm biasalah anak-anak hari ini terlalu sibuk dengan aktiviti hingga tak siap kerjarumah....

lepas itu uruskan pelajar baru dari kuantan... mendaftar masuk... kemudian ke kelas 5 Delima... waktu Pendidikan Sivik.... sambil buat pemeriksaan buku peraturan sekolah....

Waktu rehat....

Seorang pelajar 5 Nilam.. dibawa oleh guru displin kerana membawa pemetik api dalam kocek seluar.  Apabila dilihat baju dan seluarnya penuh dengan contengan.... seluar di kecilkan pada bahagian bawah. semasa sesi sembang-sembang dengan murid ini... sentiasa menyalahkan orang lain... keluarga, rakan-rakan... lama juga hampir 30 minit bertukar-tukar pandangan dengan murid ini.... HEM memberikan sehelai seluar baru pada pelajar ini...

beberapa saat selepas itu... GPK 1 masuk memberitahu ayah pelajar ini baru sahaja meninggal dunia... beberapa minit yang lalu...

masyaAllah terus terduduk pelajar itu yang baru mahu menukar seluar yang baru......

mmmmmm sesungguhnya ajal maut itu ketentuan Allah....

sebaik sahaja tiba di rumah pelajar ini .... jenazah masih lagi panas... dan belum disahkan meninggal dunia oleh pihak berkuasa....

Sunday 14 April 2013

Mesyuarat JKKD dicadangkan 10 Mei 2013

Tarikh Mesyuarat : 10 Mei 2012
Tempat : JKM Pontian

PROGRAM KEPIMPINAN DAN JATIDIRI PELAJAR SK PONTIAN BESAR


PROGRAM KEPIMPINAN DAN JATIDIRI PELAJAR SK PONTIAN BESAR

       Tarikh :  13 APRIL 2013 / SABTU
       Masa : 7.15 am -  4.15 pm
       Sasaran : Pelajar Tahap 2 (10 - 12 Tahun)
       Zon : Bandar
       Tempat : S.K PONTIAN BESAR
       Pesonalia : En. Ibrahim
                        En. Bohari bin Japri
                        Tn. Hj Md Ali bin Abdullah

      Aturcara : Ucapan Wakil Guru Besar
                      Ucapan Wakil PPD Pontian
                      Suai kenal
                      LDK 1 dan 2                      
          Ceramah - Tn. Hj Md Ali bin Abdullah
          Lawatan ke rumah pelajar
                      Lawatan ke warga emas

HJ MD ALI BIN ABDULLAH 
PENGERUSI JKKD PONTIAN 2013


Masalah sosial di bumi tercinta Malaysia semakin hari semakin meningkat. Remaja yang diharapkan menjadi tulang belakang utama untuk pembangunan negara semakin hanyut dengan arus permodenan yang berteraskan meterialistik. Jawatankuasa Kebajikan kanak-kanak daerah Pontian NGO yang bergerak aktif dalam menyalurkan maklumat bagi menyedarkan remaja hari ini telah giat menganjurkan aktiviti reach out, penerangan dan program-program majlis ilmu di sekolah-sekolah dan pusat aktiviti setempat.

Kajian-kajian yang dijalankan oleh aktivis masyarakat telah membantu kita melihat masalah sosial ini dengan lebih jelas. Berikut dipanjangkan bahan kajian dari Puan Asnah Hamid dari Melaka untuk sama-sama kita telusuri...

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepada tiga tahap :
a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja

Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."
Pembentukan Akhlak Remaja Islam

Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. Dalam peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu bapanya . Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur mereka dilatih menyebut nama Allah dan beberapa ayat ringkas seperti:

وَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنْ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا(111)
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

atau doa kepada ibu bapa:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنْ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا(24)
dan lain-lain.

Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan dengan tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf al-Badri:

a) Ilmu yang menafikan kejahilan
b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya
c) Keyakinan yang menafikan keraguan
d) Penerimaan yang menafikan penolakan
e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran
f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan
g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.

Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran, perasaan serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70 lebih cabang dalam diri umat Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang kewujudan, kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. tentunya akan menimbulkan keperihatinan yang tinggi terhadap arahan-arahanNya.

Dalam konteks yang sama, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim ialah memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada Allah dan Rasulnya; iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama, atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, ia harus memastikan dirinya terlepas dari sifat-sifat kemunafikan, samada yang bersifat tanggapan mahupun yang bersifat amalan. Kemunafikan dalam tanggapan umpamanya, meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam yang sebenar walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. Kemunafikan dalam amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji, membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat. Ia hendaklah memastikan dirinya bersih daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. Tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Tidak menyalahi perintah Allah. Manusia muslim mesti menghindarkan diri dari segala kejahatan ; lahir dan batin.

Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan :
1- solat.
2- zakat dan infak.
3- puasa.
4- haji.
5- membaca al qur'an.
6- zikir.
7- memikirkan penciptaan allah.
8- mengingati mati dan memendekkan angan-angan.
9- muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu'atabah.
10- jihad, amal makruf dan nahi mungkar.
11- dedikasi dan bersifat tawadduk.
12- mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.
13- mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.


Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam

Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:

a- Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin

Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) :

"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.

Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang.

b- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh

Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohifigure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.
Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman:
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا كَذَلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ
Maksudnya :
"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur."
Surah al 'Araf, ayat 58 :

Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan.


c-Qudwah Hasanah

Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini.
Allah SWT berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Bermaksud;
"sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah." Surah al Ahzab, ayat 21.


d- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam

Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan.

e- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya

Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal.
Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut :

f - Peranan Media Massa

Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.


g - Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh :
1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas.
2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi.
3. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya.
4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.

Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya.

Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.

Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya; samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya.

Firman Allah :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنْ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
"Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu.
(Surah Ali Imran : ayat 159)

Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya.

Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, nazir, guru, murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannya.

Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik dari merawat".

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan atau memenuhi masa lapang murid, menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain.


h - Peranan rakan sebaya

Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.

Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :
1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka
2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka. 
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .
i - Peranan rumah ibadah

Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh Islam dan akhlak . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah . Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . Antaranya ialah:
1. Kelas Fardu Ain
2. Kelas Tajuid & Qiraat.
3. Kelas Bimbingan Remaja.
4. Kelas Bahasa Arab.
5. Ceramah Berkala.
6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.
7. Kursus Rumahtangga Bahagia.
8. Kursus Pengurusan Jenazah.
9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.
10. Kursus Dakwah dan Imamah.
11. Acara Tadarus al-Quran.
12. Khemah Ibadan & Qiamullail.
13. Kursus Pengurusan Masjid.
14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.
15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid.
16. Kempin Memakmurkan Masjid.
17. Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid )

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya.

Rumusan

Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.

Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan.

Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini..

Tuesday 26 March 2013

CUTI SEKOLAH GENERASI Y

Kebanyakan murid yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM seakan tiada maknanya cuti sekolah.... mereka terus diasak untuk ke sekolah untuk kelas tambahan, teknik menjawab soalan dan aktiviti PnP yang lain.

Sedangkan yang tidak terlibat dengan peperiksaan terus melekat di rumah dengan 'SCREEN... SOUND dan      
aktiviti yang kebanyakan melibatkan diri sendiri sahaja.

Ibu bapa sibuk mengejar masa mencari keperluan hidup.....

Renungkanlah bagaimana pengisian masa cuti ini dapat membantu perkembangan emosi Generasi Y hari ini.

Sama-samalah kita renungi....

Sunday 24 March 2013

PROGRAM TRANFORMASI MINDA - RTC MELAYU RAYA

Tarikh : 23 Mac 2013
Tempat : Masjid jamek Kg Melayu Raya Pekan Nanas Pontian
Masa : 8.30 mlm hingga 11.30 mlm

Aktiviti : Ceramah bertajuk Tranformasi Minda
Sasaran : Ibu bapa dan anak-anak

Bahan :- Slide: Tanformasi Minda dalam Mentarbiah Permata Hati

Personalia : Hj Rabidin bin Hj Sardan
                  Hj Mohedin

Penceramah : Tuan Hj Md Ali bin Abdullah - Pengerusi JKKD Pontian

Sunday 17 March 2013

SEMINAR KELUARGA - TRANFORMASI DALAM PENDIDIKAN GENERASI Y

TARIKH : 17 MAC 2013
TEMPAT : SURAU ASRAMA SMK SRI TANJUNG
SASARAN : IBU, BAPA, GURU DAN PELAJAR ASRAMA PUTERI SMK SRI TANJUNG
MASA : 8.30 HINGGA 12.00 TENGAHARI

PESONALIA :  HJH ANDI ANDRUYANA
                          PUAN RUZIAH

PENCERAMAH : HJ. MD ALI BIN ABDULLAH

REFLEKSI : PESERTA SEMINAR DIBERIKAN SENTUHAN BERSUMBERKAN BAHAN DI BAWAH DENGAN BANTUAN MULTIMEDIA.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…” (al-Kahfi :46)
Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.
(HR al-Bukhari)
Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.
Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal.
Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.
Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:
i- Azan dan iqamat
HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”.
(Hadis Riwayat Abu Ya’la)
ii- Membelah mulut (tahnik)
TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.
iii- Penyusuan
SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.
iv- Memberi nama
TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: ” Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
v- Bercukur
MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.
vi- Aqiqah
HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
vii- Berkhatan
BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.”
(Hadis Riwayat At- Tabrani)
Ketika anak-anak masih kecil berilah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-
i- Menanamkan asas-asas keimanan
ii- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
iii- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
iv- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
v- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
vi- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
vii- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
viii- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
ix- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
x- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
xi- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
xii- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.
Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.
Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyelewen, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’ agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka



Friday 15 March 2013

Majlis Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu

JKKD PONTIAN, PIBG DAN WARGA SEKOLAH  PRIHATIN PADA WIRA NEGARA

15 MAC 2013 – JUMAAT

Selain doa dan solat hajat, JKKD Pontian, warga sekolah dan PIBG SMK Sri Kukup menyumbangkan RM 700 untuk Tabung Wira Negara. Sumbangan disampaikan oleh Pengetua Puan Hajah Rohani bte A. Manaf disaksikan oleh En. A Rahim bin A. Rahman Wakil PIBG dan Tuan Hj Md Ali bin Abdullah Pengerusi JKKD Pontian kepada En.Yahya wakil Tabung Wira lahad Datu Media Prima.

Majlis ringkas pagi jumaat ini mudah-mudahan dapat memupuk rasa cinta kita sebagai warganegara yang cinta pada Malaysia bumi bertuah ini.
Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

Thursday 7 March 2013

Ceramah dari IPD Bahagian Narkotik

Taeikh: 7 Mac 2013
Masa : 11.30 - 1.00pm
Tempat : Dewan Seri Gemilang
Sasaran : Pelajar berumur 16 tahun (210 murid tingkatan 4)

Ceramah : Isp. Nazeri bin Abd Aziz - Ketua Unit Narkotik IPD Pontian

MAJLIS YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK WIRA NEGARA

Surau Al-Hidayah Asrama SMK SRI KUKUP
Tarikh : 7 Mac 2013
Masa : 7.00mlm - 10.30mlm
Hari : Khamis Malam Jumaat

Kehadiran : Semua Pelajar Asrama
Tetamu Kehormat:

1. En Yazid bin Mohd Said  - Ketua Unit HEM JPNJ - Mewakili Pengarah Pelajaran Johor
2. En. Mohammad Hood bin Mohd. Noh - Ketua Unit SPK PPD Pontian
3. En. Fauzan bin Mohd Hanafi - Pen. PPD Pontian
4. S.I Abd Rahman bin Abu Bakar - Ketua Balai Polis Permas
5. Sarjan Hamdan - Balai Polis Permas
6. Hj Md Ali bin Abdullah- Pengerusi JKKD Pontian
7. Wakil PIBG dan Majlis Permufakatan Ibu Bapa Asrama.



Atur Cara Majlis

1. Ketibaan tetamu / Asma Ul Husna
2. Solat Maghrib berjamaah
3. Bacaan Yassin
4. Solat Hajat
5. Solat Isyak

Wednesday 27 February 2013

Program Bulan Mac 2013 JKKD Pontian

1. - Kesedaran Kendiri dan Pemantapan Jatidiri

       Tarikh :  1 Mac 2013 / Jumaat
       Masa : 7.15 am - 12.15 pm
       Sasaran : Pelajar Tahap 2 (10 - 12 Tahun) 118 murid
       Zon : Bandar
       Tempat : Surau SK Bandar Pontian
       Pesonalia : En. Sadan bin Kosnan
       En. Mohd Apandi (kaunselor)
       Tn. Hj Md Ali bin Abdullah

MUHASABAH DIRI
 PELAJAR BERAZAM UNTUK CEMERLANG
DI SURAU SK BANDAR PONTIAN                        

      Aturcara : Bacaan Yasin
                      Ucapan Guru Besar
                      Ucapan Wakil PPD Pontian
                      Ceramah - Tn. Hj Md Ali bin Abdullah
                      Dialog - En. Mohd Apandi
                      Aku Janji



2. -KEPIMPINAN DAN JATIDIRI

       Tarikh :  2 Mac 2013 / Jumaat
       Masa : 7.15 am - 12.15 pm
       Sasaran : Pelajar Tahap 2 (64 pelajar) (Pengawas, Perpustakawan dan Ketua Kelas)
       Zon : BENUT
       Tempat : DEWAN TERBUKA SK AYER BALOI
       Pesonalia : Puan Adawiah (Kaunselor SK Ayer Baloi)
                        Tn. Hj Md Ali bin Abdullah


3. PROGRAM INTERAKTIF KELUARGA ZON BANDAR

       Tarikh :  3 Mac 2013 / Ahad
       Masa : 7.15 am - 12.15 pm
       Sasaran : Pelajar Tahap 2 (10 - 12 Tahun)
       Zon : Bandar
       Tempat : S.K Pulai Sebatang  Pontian
       Pesonalia : En. Yusof bin Yunus
                        En. Mohd Apandi
                        Tn. Hj Md Ali bin Abdullah

      Aturcara : Ucapan Wakil Guru Besar
                      Ucapan Wakil PPD Pontian
                      Ceramah - Tn. Hj Md Ali bin Abdullah
                      Aku Janji



 IKRAR PELAJAR

 IKRAR IBU BAPA

SEMOGA JANJI DITEPATI....



4. - Kesedaran Kendiri dan Pemantapan Jatidiri

       Tarikh :  14 Mac 2013 / Khamis
       Masa : 11.15 am - 1.15 pm
       Sasaran : Pelajar Tahap 2 (10 - 12 Tahun) 18 murid dan ibu bapa
       Zon : Kukup
       Tempat : S.K Kg Baru Penerok
       Pesonalia : Tuan Hj Ahmad Mutamin (GB SK Kg Baru)
       Tn. Hj Md Ali bin Abdullah


5. - Kesedaran Kendiri dan Muhasabah Diri

       Tarikh :  15 Mac 2013 / Jumaat
       Masa : 9.00 pm - 11.00pm
       Sasaran : Pelajar Tahap 2 58 murid
       Zon : Benut
       Tempat : Tanjung Piai Resort
       Pesonalia : En. Zainuddin - SK Sanglang
       Penceramah :  Tn. Hj Md Ali bin Abdullah
 PELAJAR MENGIKUTI CERAMAH KESEDARAN DIRI
BERUNTUNGNYA MURID-MURID DIBERIKAN MOTIVASI DI TG PIAI RESORT















Wednesday 20 February 2013

Program Interaktif Keluarga Zon Benut 2013

Tarikh : 23 Feb 2013
Tempat :  Dewan S.K Sri Al-Ulum (Zon Benut)
Masa : 8.00am hingga 12.30pm
Sasaran : Ibu, bapa, penjaga bersama Anak-Anak 80 peserta
Pesonalia : Hj Md Ali bin Abdullah
Urusetia : Hj Seruan bin Othman


 TUAN HJ SERUAN BIN OTHMAN - GURU BESAR SK AL-ULUM 
KG PATIT MARJUNID BENUT
MENYAMPAIKAN CENDERAHATI PADA PENGERUSI JKKD PONTIAN 
HJ MD ALI BIN ABDULLAH
 SENTUHAN KASIH ANAK DAN IBU BAPA
DAKAPAN KERANA CINTA KASIH YANG TULUS DARI HATI YANG SUCI


AKU JANJI ANTARA ANAK DAN IBU BAPA

Tuesday 19 February 2013

Peranan Ibu Bapa Dalam menangani masalah Pembuangan Bayi

MASALAH BUANG BAYI BOLEH DIATASIPDFPrintE-mail
Sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan beberapa berita yang amat memeranjatkan semua pihak iaitu isu pembuangan bayi. Gejala ini amat devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara bayi yang ditemui yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar motivasi, Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, terdapat pelbagai sebab mengapa dan kenapa berlakunya peningkatan kes pembuangan anak. Sebab kes ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu sosial, spiritual atau rohani dan era globilasasi dan pembangunan teknologi. "Faktor sosial merupakan salah satu daripada penyumbang utama berlakunya kes buang anak ini. Antaranya, pergaulan bebas tanpa had terutamanya di antara lelaki dan wanita. Selain itu, terikut dengan budaya barat yang yang mengamalkan seks itu adalah sebahagian daripada proses percintaan. Golongan ini juga percaya alat-alat terkini seperti kondom dan pil boleh mengelakkan daripada mengandung jika melakukan hubungan seks," katanya.

Di samping itu, ibu bapa tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka hingga menyebabkan mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa sebarang pemantauan. Dr. Mohammad Shatar menambah, didikan agama yang kukuh adalah dinding terbaik untuk mengelakkan diri remaja daripada sebarang kes jenayah dan salah laku. Namun, ilmu agama amatlah tipis dalam kalangan remaja pada hari ini hingga menyebabkan kes pembuangan anak tidak menjadi kesalahan kepada mereka.

Ilmu agama
Justeru itu, kurang ilmu agama menjadi faktor golongan ini tidak dapat menilai halal dan haram. "Era globalisasi dan pembangunan teknologi (ICT) pada hari secara langsung atau tidak telah menyumbang kepada kes pembuangan anak. Jika kita kaji, kemudahan telefon bimbit telah menyebabkan remaja boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa untuk sebagai titik permulaan kepada kes yang tidak bermoral ini. Kesukaran membuat pemantauan oleh ibubapa terhadap penggunaan internet juga menyumbang kepada gejala kes ini," jelasnya. Secara tidak langsung, kes pembuangan bayi ini mempengaruhi kesihatan sosial pada hari ini.

Dari sudut perubatan, kadar kematian bayi yang lebih tinggi akan menyebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Ini disebabkan kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan sewaktu bersalin. Selain itu, kes ini turut memberi kesan kepada psikologi dan sosial wanita yang melahirkan bayi tersebut iaitu murung, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah atau gelisah. Bukan itu sahaja, ia akan mewujudkan masalah emosi dan hubungan interpersonal dengan terputusnya hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

"Terlalu banyak kesan psikologi dan sosial kepada masyarakat. Antaranya, kemajuan dan kemakmuran masyarakat di masa hadapan akan terjejas. Pesan Iman Al-Ghazali, jika kamu mahu melihat senario masa depan masyarakat dan negara kamu, lihatkan senario remaja masa kini. Jika mereka hebat maka akan hebatlah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan, tetapi jika remaja kini rosak akhlaknya dan lemah mindanya. Maka akan rosaklah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan," jelasnya.

Dr. Mohammad Shatar menambah, psikologi remaja yang terlibat dengan kes tersebut tidak akan tenang dan tenteram. Perasaan bersalah yang datang di kemudian hari akan memberikan tekanan psikologi dan sosial yang berat serta tumpuan kepada kerjaya akan terjelas. Secara umum, remaja pada hari ini tidak faham dan mengerti secara mendalam erti kasih sayang yang sebenarnya. Justeru itu, jika mereka berkahwin, perkahwinan itu jarang yang kekal lama kerana mereka tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan kasih sayang itu. "Maksud kasih sayang sesama manusia ialah menyayangi manusia lain sama seperti kita menyayangi diri sendiri. Selain itu, meletakkan diri kita dalam diri mereka, jika kita jadi bayi tersebut apakah perasaan kita. Dari segi psikologi, cinta remaja tidak diikuti dengan tanggungjawab," jelasnya.

Beliau menjelaskan, teori sosial mengenai cinta di bawah umur 13 tahun, percintaan yang berlaku hanyalah berdasarkan kepada kecantikan. Manakala, umur 13 hingga 25 tahun, percintaan yang berlaku ketika ini adalah berdasarkan trend iaitu orang lain bercinta kita nak bercinta dan jemu dengan pasangan masing-masing, akan dicuba pasangan lain. Sementara itu, bagi golongan berumur 25 tahun ke atas, percintaan yang sering diikuti dengan tanggungjawab.

Dalam membantu masyarakat pada hari ini untuk membendung kes pembuangan bayi, mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar kepincangan dalam institusi sosial tidak berlarutan. "Golongan dewasa juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada golongan remaja kerana golongan inilah yang banyak terlibat dengan isu pembuangan bayi. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan golongan ini berpengaruh dengan keadaan sekeliling. Selain itu, kerjasama masyarakat dengan kerajaan turut memainkan peranan dalam usaha mencapai masalah sosial 'sifar'. Walaupun ia mungkin sukar dicapai tetapi melalui kerjasama di antara masyarakat dan pihak berkuasa mampu menyelesaikan masalah buang anak ini," ujarnya.

Kesedaran
Dr. Mohammad Shatar menyarankan masyarakat memberi kesedaran untuk membendung gejala tidak sihat ini. Misalnya, kerajaan boleh melaksana undang-undang terhadap remaja yang berdua-duaan di tempat yang kondusif untuk seks bebas. Selain itu, masyarakat perlu membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda ini. Aktiviti yang mencurigakan perlu dibuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras mereka yang terlibat.

" Ibu bapa juga perlu peka dan mengambil berat terhadap perkembangan dan apa yang dilakukan oleh remaja mereka. Selain itu, guru perlu memantau kehadiran pelajar dalam kelas. Laporkan kepada ibu bapa jika anak mereka tidak hadir kelas. Ini kerana anak-anak sering melencong ke tempat lain walaupun berpakaian sekolah dari rumah," katanya.

Jika ada remaja yang pernah terlibat dengan masalah ini, kita perlu memberi ruang penambahbaikan untuk kembali ke pangkal jalan.

"Golongan ini perlu bertaubat dan menyesal dengan sepenuhnya. Mereka yang pernah terbabit boleh memberi kesedaran kepada remaja lain mengenai implikasi yang dihadapi. Ingatlah, kesilapan hari ini bukanlah kesilapan yang berkekalan. Mohon ampun dan maaf kepada Allah dan ibu bapa," 

Sebagai AJK JKKD perlu disedari peranan dan tanggung jawab dalam memberikan kesedaran dan kefahaman kepada ibu bapa dan masyarakat mengenai hal ini



 

MASALAH PENDERAAN KANAK-KANAK DI MANA TANGGUNGJAWAB JKKD


  • 1. Pendahuluan Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empat jenis penderaan yangutama, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan kerana mereka diabaikanpenjagaan dan penderaan emosi (Malaysia 1991). Penderaan fizikal adalah apabila kanak-kanak didera secara fizikal dan terdapat kecederaan yang keterlaluan yang boleh dilihat padamana-mana bahagian tubuh badan kanak-kanak berkenaan akibat penggunaan kekerasan atauagen. Kekerasan ini dilakukan dengan sengaja terhadap tubuh badan kanak-kanak denganadanya bukti laserasi, kontusi, calar, parut, patah atau kecederaan tulang, seliuh, pendarahan,pecah viskus, luka bakar (burn), melecur, kehilangan rambut atau gigi. Penderaan emosi ialah terdapat gangguan yang kerterlaluan atau boleh dilihat padafungsi mental atau emosi kanak-kanak yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental atautingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri, tingkah laku agresif ataukerencatan perkembangan. Definisi penderaan emosi masih kabur dan tidak jelas. Penderaanini tidak seperti penderaan fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan di mana pihak pekerjaperubatan, perundangan, kepolisan, sosial dan masyarakat umum boleh mengenali masalahini dengan mudah. Ketiga-tiga jenis penderaan ini sudahpun dimasukkan ke dalam AktaPerlindungan Kanak-kanak 1991 yang baru digubal (Malaysia 1991). Semua jenis penderaan,tidak kira secara fizikal, seksual atau pengabaian penjagaan, tidak dapat dipisahkan daripadaaspek penderaan terhadap emosi. Sebenarnya penderaan emosi primer juga berlaku secarabersendirian. Penderaan emosi berlaku dalam apa jua jenis penderaan. Apabila penderaanemosi berlaku bersamasama dengan penderaan lain, kesan penderaan terhadap emosisebenarnya adalah jauh lebih serius, mendalam dan berpanjangan berbanding dengan kesanakibat penderaan fizikal terhadap tubuh badan. Kebanyakan doktor yang merawat tidakmengenali aspek penderaan emosi ini dan hanya menekankan rawatan terhadap kecederaanfizikal yang memang jelas kelihatan. Keadaan yang serupa juga berlaku pada kanak-kanakdan remaja yang didera secara seksual dan diabai penjagaan mereka. 1
  • 2. Penderaan Emosi Penderaan adalah satu „trauma‟. Perkataan trauma berasal daripada perkataan Greekyang bermaksud „ditebuk‟. Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yangpecah (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi. Dalam ertikata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehinggamengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan.Serupa dengan keadaan tadi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yangmencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu tergangguuntuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnyaperasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistemperlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan seterusnyamembawa kepada kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episode pahityang dilalui dahulu. Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula dihuraikandalam jurnal sejak awal tahuntujuh puluhan. Pada masa itu pakar psikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiadapersetujuan dan kata sepakat tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidak mengadu emosimereka didera dan simptom yang wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala,pemeriksaan pada tubuh badan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidakada kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalamperkembangan diri terutama sekali pada personaliti mereka. Walaupun sukar dikesan,penderaan emosi tetap menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatanterutamanya dalam bidang psikiatri. 2
  • 3. Ciri-ciri Penderaan Emosi Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberi kasih sayangdan penjagaan secara berterusan, sering mengancam mengutuk dan/atau menjerit kepadaanak. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri dan menunjukkantingkah laku cemas dan/atau pengasingan diri sehingga terganggu kesihatan mental mereka(Thompson & Kaplan 1996). Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang tertentuiaitu:1. Tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang tidak sihat.2. Bentuk interaksi.3. Kelemahan kanak-kanak.4. Kerosakan psikologi. 1. Tingkah Laku Ibu Bapa atau Penjaga yang tidak Sihat Garbarino, Gattman & Sealey et al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibubapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan(rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring)dan merasuah fikiran (corrupting).1. Penolakan: Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja engganmenolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak tersebut memerlukan pertolongansehingga secara tidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yangmenunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina,kesat, melabelnya sebagai orangyang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka danharga diri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjagaapabila dalam keadaan marah. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku danmenerima anak mereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentuk penolakan.2. Pengasingan: Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkananak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang.Tindakan ibu bapa atau penjaga yang langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan 3
  • 4. berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan.Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usahamendisiplin anak yang melampaui batas.3. Menakutkan: Ini bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh danmeninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkantingkah laku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibu bapa, penjaga atauorang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orangyang disayangi oleh anak itu. Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirianapabila orang yang anak itu sayangi cedera atau mati atau dipisahkan dari mereka dengansengaja. Tingkah laku menakutkan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secaraseksual dan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui prosespenceraian.4. Sikap tidak peduli - menolak tindak balas emosi (Ignoring - Denying emotionalresponsiveness): Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidakmempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka. Ibu bapasebegini melayan anak mereka secara mekanikal sahaja. Mereka langsung tidak mempunyaiperasaan terhadap anak. Mereka tidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali menciumanak dan merapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalah dengan caraperbuatan melupakan atau dengan tidak melakukan apa-apa (acts of omission). Dalam ertikata lain, mereka tidak berminat untuk menjalinkan emosi dengan anak. Tingkah laku inisering terjadi pada kanak-kanak yang dianaktirikan.5. Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak (Corrupting and Exploiting): Ini menunjukkantingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anakmelakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yangmenyimpan anak dalam rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba atau penjagakepada anak-anak lain, walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Ibu bapa yang menggalakkananak terlibat dengan pornografi juga dianggap mengeksploitasi anak. Ibu bapa yangmempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak merupakan satuperbuatan merasuah (corrupt) fikiran anak, terutama sekali terhadap anak yang dipaksamelakukan perbuatan keji sedangkan anak-anak itu enggan mengikut jejak langkah ibu bapamereka. Penjelasan di atas tidak termasuk aspek amalan dalam sebarang budaya yangmungkin menganggap salah satu tingkah laku yang tersenarai di atas sebagai satu amalannormal mereka. 4
  • 5. 2. Bentuk Interaksi Faktor kedua yang perlu diberi perhatian untuk memenuhi ciri-ciri penderaan emosiadalah aspek sejauh manakah atau seberat manakah interaksi yang disebut dalam ciri pertamaberlaku antara sipendera dengan mangsa. Deraan yang mempunyai keamatan yang kuat dankerap berlaku dalam tempoh masa yang panjang dan berterusuan akan memberi kesan burukyang berpanjangan. Ketiga-tiga perkara ini, iaitu keamatan, kekerapan dan tempohpenderaan, perlu diambil kira untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu merupakan kespenderaan emosi. Ini adalah kerana hampir setiap kanak-kanak pernah melalui, mengalamidan merasai tindakan ibu bapa yang memarahi mereka dengan kata-kata kesat atau ditakutkanpada suatu ketika dahulu. Tetapi oleh kerana keamatan, kekerapan dan jangka masanyaadalah tidak berpanjangan atau terjadi secara berasingan, maka kumpulan ini boleh dikatakantidak mengalami penderaan emosi. Penderaan emosi berlaku apabila kanak-kanak didedahkankepada suasana keibubapaan yang tidak sihat sehingga anak-anak hidup dalam suasana dimana keji-mengeji, kutuk-mengutuk dan cerca-mencerca merupakan satu kebiasaan dalamhidup seharian mereka. Mereka boleh menjadi lali tetapi apabila terdapat kesan negatifterhadap perkembangan mereka, maka ini memenuhi kriteria penderaan emosi. Golongan ibubapa yang amat berkemungkinan untuk mendera emosi anak-anak mereka terdiri daripada ibubapa yang hidup dalam keadaan sosial yang terasing (Hickox & Furnell 1989) danmenunjukkan hubungan dan pergaulan dengan orang lain yang tidak memuaskan dan ganas(Junewicz 1983). 3. Kelemahan Kanak-kanak (Child Vulnerabilities) Ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak juga menentukan sama ada kanak-kanakmempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penderaan emosi. Antara faktor yangdikatakan boleh menyebabkan anak-anak berkenaan lebih berkemungkinan mengalamipenderaan emosi adalah jika kanak-kanak itu tidak mendapat sokongan dan penjagaantambahan daripada orang dewasa yang lain sama ada dari dalam atau luar keluarga. Peringkatumur kanak-kanak semasa penderaan emosi berlaku adalah di bawah umur 12 tahun danmereka mempunyai kecerdasan akal yang kurang. Yang anehnya, kanak-kanak yangmempunyai kecerdasan akal yang tinggi didapati lebih kerap dilanda kesan buruk yangberpanjangan akibat penderaan emosi . Ini adalah kerana mereka lebih berupaya mentafsirdan menilai maksud penderaan emosi terhadap diri mereka. 5
  • 6. 4. Kerosakan Psikologi Untuk memenuhi ciri-ciri penderaan emosi, kerosakan pada perkembangan psikologiterhadap mangsa perlu disahkan berlaku. Maksud kerosakan psikologi ialah kerosakan dankecacatan yang berlaku pada proses perkembangan, serta kerencatan pada potensiperkembangan dan kreatif mental kanak-kanak itu. Proses perkembangan mental yangpenting ialah kecerdasan akal, ingatan, pengenalan, persepsi, fokus tumpuan, penguasaanbahasa, perkembangan moral dan seterusnya. Apabila berlaku kerosakan, kecacatan dankerencatan pada proses perkembangan, tidak kira serta merta atau kemudian, akanmenyebabkan kerosakan pada tingkah laku, fungsi kognitif, afektif dan fungsi fizikal kanak-kanak berkenaan. Kesemua ini menunjukkan bahawa perkembangan emosi dan psikologikanak-kanak, walaupun dihuraikan secara berasingan tetapi berhubung kait antara satu samalain dan perlu dinilai dalam pemeriksaan klinikal pada kanak-kanak. Ini bermakna penderaanemosi dikenal pasti dan disahkan berlaku setelah tiga komponen penting berikut dapatditentukan:1. Terdapat tingkah laku dan tindak-tanduk ibu bapa yang boleh menyebabkan kerosakan dankecederaan.2. Terdapat kerosakan dan kecederaan pada anak.3. Terdapat perhubungan yang jelas di antara tindak-tanduk ibu bapa atau penjaga dengankerosakan dan kecederaan pada anak. 6
  • 7. Faktor-faktor Penderaan Emosi 1. Penceraian Tempoh masa sebelum proses penceraian berakhir selalunya merupakan tempoh masayang amat genting. Dalam tempoh ini biasanya berlaku konflik, pergaduhan dan keganasandalam rumah tangga. Dalam keadaan sebegini anak-anak mudah menjadi mangsa penderaanemosi terutama sekali jika mereka masih kecil. Suasana rumahtangga yang tegang dandipenuhi dengan cara berkomunikasi yang marah-memarahi, kerap berselisih faham,bertelingkah ataupun tiada komunikasi secara lisan di antara ibu bapa, merupakan keadaanyang sebenarnya menyebabkan anak-anak berasa tertekan. Perbuatan ibu atau bapa yangmencerca dan melakukan keganasan di antara satu sama lain atau menyampaikan hal-halkurang baik dihadapan anak seperti mengutuk ibu atau bapa kepada anak di belakang ibu ataubapa tersebut juga boleh membuat anak itu berasa cemas dan takut. Sekiranya keadaan inikerap berlaku dan berlarutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun akan memberikesan negatif pada perkembangan anak. Anak yang sentiasa hidup dalam kancahrumahtangga sebegini, biasanya tidak sempurna kehidupan mereka dan mempunyai risikoyang tinggi untuk mendapat gangguan emosi masa akan datang. Penderaan terhadap emosimereka sewaktu ibu bapa melalui proses penceraian, walaupun dianggap serius danmendalam, kadangkala kesannya terhadap kanak-kanak tidak sebegitu ketara pada zahirnya.Ini memberi gambaran kepada orang lain seolah-olah tiada apa yang berlaku pada kanak-kanak tersebut. Tekanan paling hebat yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah sewaktu ibubapa melalui proses penceraian di mana anak itu masih bersama kedua-dua ibu bapa mereka(Block, Block & Gjerde 1986; Hetherington & Camara 1984). Oleh sebab itu kadangkalatindakan untuk bercerai terus dan tidak lagi hidup serumah dikatakan sebagai tindakan yangterbaik untuk memastikan segala tekanan dan keganasan rumahtangga tidak lagi menggangguperkembangan anak. Namun tindakan seperti ini masih dipertikaikan kerana tindakan untukbercerai juga tidak semestinya menyelesaikan semua masalah (Emery 1982; Hetherington,Cox & Cox 1982; Rutter 1971). Seterusnya setelah proses penceraian berakhir, tekanan danpenderaan emosi terhadap anak boleh berterusan. Tekanan tambahan bermula apabila anak-anak dipisahkan daripada ibu atau bapa mereka dan seterusnya apabila pihak ibu atau pihakbapa bertengkar untuk merebut hak penjagaan ke atas anak. Apabila perebutan hak penjagaananak ini dibawa ke mahkamah, tekanan kepada anak kadangkala boleh meningkat. Setiap 7
  • 8. pihak akan memberi pelbagai alasan supaya keburukan ibu atau bapa menjadi bahanperbincangan di mahkamah. Pendedahan segala keburukan ibu atau bapa bertujuan, sekiranyaaduan ini didapati benar, maka pihak yang dikatakan mempunyai sifat yang tidak baik, tidakakan mendapat hak penjagaan anak. Dalam hal ini, kepentingan ibu atau bapa sahaja yangmenjadi perkara utama dan mendapat perhatian, manakala kepentingan anak tidak diambilkira. Ada juga yang tidak berminat terhadap hak penjagaan anak tetapi melakukan perebutanhanya untuk melepaskan geram. Justeru itu apabila kanak-kanak diserahkan kepada yangmendapat hak penjagaan sepenuhnya, pihak terlibat ada kalanya langsung tidak mengambiltahu perkara yang terlintas atau menghantui fikiran dan perasaan anak mereka. Kebanyakankanak-kanak akan menyalahi sama ada ibu atau bapa yang menyebabkan penceraian dan akanmemusuhi orang yang berkenaan. Sekiranya hak penjagaan diberikan kepada orang yangmereka musuhi atau yang disangkakan sebagai penyebab penceraian, si anak akan memikiratau beranggapan bahawa orang yang disayangi (yang tidak mendapat hak penjagaan) tidakmahukannya dan sengaja mahu menyerahkannya kepada orang yang tidak disukai olehnya.Lebih menyedihkan lagi ialah apabila orang yang mendapat hak penjagaan mengetahui dansedar akan hal ini, memarahi anak itu apabila si anak menunjukkan tingkah laku yang tidakdisenangi, sehingga melakukan tingkah laku penolakan. Ini dilakukan dengan tujuan untukmenyakitkan hati pihak yang tidak mendapat hak penjagaan. Apabila penjaga yang tidakberjaya ini mengetahui keadaan anaknya yang sengsara, maka akan tercetuslah perang mulutyang menjadi satu lagi tekanan pada anak. Bagi si ibu atau si ayah yang becerai dan bencikanbekas suami atau isteri, sekiranya anak lelaki atau perempuan yang dijaga mempunyai parasrupa dan tingkah laku seperti bekas suami atau isteri, maka mereka pula akan lebih mudahdimaki hamun dan kadangkala dibenci secara berterusan. Ini kerana si anak ini mengingatkanmereka kepada orang yang tidak disukai atau dibenci. Dalam penceraian yang melibatkanpenjagaan kepada seorang anak sahaja, biasanya anak itu akan berulang-alik dari saturumah ke satu rumah yang lain secara bergilir-gilir jika hak penjagaan diberi dengan adil.Kadangkala si anak berasa lebih selesa berada di satu rumah sahaja dan tidak mahu pergi kerumah yang satu lagi. Paksaan biasanya dilakukan oleh ibu atau bapa supaya anak tetap pergike rumah yang satu lagi. Ini berlaku kerana ibu atau bapa perlu mengikut segala perintahmahkamah. Keadaan begini merupakan penderaan emosi, terutama sekali apabila anakmengalami gangguan dan perubahan tingkah laku. Antaranya seperti penurunan prestasisekolah, sering mengigau pada waktu malam, timbulnya penyakit psikosomik sepertipenyakit lelah yang menjadi teruk dan sebagainya apabila anak itu dipaksa juga pergi kerumah yang tidak disukainya. Kadangkala oleh kerana si ibu atau si ayah takut melawan 8
  • 9. atau melanggar keputusan mahkamah apabila anak tersebut perlu diserahkan kepada ayahatau ibu mengikut giliran si anak itu akan ditakutkan. Sedangkan dia mengetahui si anaktidak mahu pergi berjumpa ayah atau ibunya. Pelbagai cara digunakan seperti “nantiemak/ayah akan dipenjarakan”, “nanti emak/ayah akan dibunuh” dan sebagainya. Segalanyaini merisaukan anak dan membuat anak itu berada dalam konflik dan dilemma. Dalamkeadaan yang melibatkan dua atau lebih anak, pembahagian dan perpisahan di antara anak-anak juga berlaku. Apabila dua beradik yang sangat rapat dipisahkan dan tidak dibenarkanatau tidak mendapat peluang berjumpa setelah dipisahkan adalah satu penderaan emosi.Dengan itu dalam penceraian, anak-anak perlu melalui pelbagai masa peralihan sepertiberikut:1. Peralihan semasa keluarga asalnya berpecah.2. Peralihan untuk hidup bersama ibu atau bapa sahaja.3. Peralihan untuk menyesuaikan diri hidup dengan ayah dan/ibu tiri.4. Peralihan untuk hidup bersama adik beradik tiri.Setiap peralihan yang dilalui merupakan satu tekanan dan konflik kepada anak-anak yangterlibat. Biasanya setelah penceraian berlaku perhubungan dan komunikasi antara anakdengan ibu bapa kandung mereka akan berkurangan. Disiplin terhadap anak oleh ibu bapakandung juga tidak tentu arah. Si ibu mungkin akan mendisiplinkan anak dengan kurangkonsisten dan tidak sebegitu tegas terutama sekali pada anak lelaki yang sebelum ini lebihdidisiplinkan oleh ayahnya. Lama-kelamaan anak lelaki tersebut mungkin akan menjadi lebihagresif dan tidak mengikut kata. Seterusnya si ayah akan menyalahkan ibu kerana tidakpandai mendisiplin anak. Si ibu pula akan menyampaikan perkara ini kepada anak dan iniboleh mendorong ibu untuk memarahi anak kerana si ibu sendiri juga berada dalam keadaantertekan dan rasa bersalah. Si ayah pula akan lebih memanjakan anak sekiranya dia hanyadapat berjumpa dengan anaknya sekali-sekala sahaja, kerana si ibu yang biasanya mendapatpenjagaan sepenuh masa. Ini pun jika si ayah mahu berjumpa dengan anaknya. Keadaanseperti ini juga merupakan satu tekanan kepada anak jika si ayah tidak mengambil beratuntuk berjumpa anak yang amat berharap untuk berjumpa dengan ayah, tetapi si ayahmemberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa anak. Bagi si ayah yang sudah tidak ingatkanlagi anak-anak dan bekas isterinya kerana khayal dengan minat baru seperti ada isteri lain,anak-anak ini biasanya tidak akan dipedulikan langsung, jauh sekali mahu berjumpa mereka.Tindakan ini menyayatkan hati dan perasaan anak yang merasa kesakitannya lebihmenyakitkan daripada dipukul. Ini merupakan penderaan emosi jenis tidak peduli (denyingemotional responsiveness). Hubungan emosi dengan ayah terputus apabila si ayah tidak 9
  • 10. memberi layanan dan perhatian ketika pihak anak sangat memerlukan kasih sayang danlayanan daripadanya. Dalam keadaan sebegini, anak-anak akibat penceraian didapati mudahmenunjukkan tingkah laku yang buruk apabila emosi mereka didera teruk, terutama sekaliapabila ibu dan ayah tidak memainkan peranan mereka dengan baik dalam semua urusanpenceraian. Perasaan dan tingkah laku ibu bapa seperti tadi menjadi punca penderaan emositerhadap anak-anak. 2. Peperangan dan Keganasan Lain Kanak-kanak yang membesar dalam suasana keganasan dalam keluarga keranamempunyai ibu bapa yang bersifat ganas, menagih dadah, arak dan mengalami gangguanmental dan emosi ataupun berada dalam suasana peperangan negara biasanya berada dalamkeadaan cemas sepanjang masa dalam jangka masa yang panjang (Cheah, Amin & Kasmini1996; Kasmini et al. 1994; Kasmini 1992a). Ini memenuhi kriteria sebagai satu jenispenderaan emosi. Kanak-kanak dalam kumpulan ini lebih banyak mengalami dan melaluisuasana yang mendera emosi mereka. Dalam suasana peperangan, pendera pada emosimereka biasanya bukanlah ibu atau bapa mereka. Pendera emosi mereka adalah orang luardan keadaan sekeliling mereka, mengikut apa yang mereka lihat dan alami (Middleton-Moz1989). Mereka berada dalam ketakutan dan yang lebih menyeksakan emosi mereka ialahapabila melihat ahli keluarga tersayang dibunuh atau dicederakan di hadapan mereka.Perasaan yang nyawa mereka juga terancam dan diri mereka sendiri sentiasa berada dalamkeadaan bahaya menyebabkan timbulnya perasaan takut yang amat sangat. Golongan dewasayang melakukan keganasan terhadap orang yang anak itu sayangi dan kemudiannyameninggalkan anak tersebut sudah tentu menimbulkan perasaan cemas dalam diri kanak-kanak berkenaan. Perasaan cemas ini bertambah sekiranya anak itu sendiri menjadi saksikepada keganasan tersebut. Dalam kumpulan kanak-kanak Bosnia yang dipindahkan dandibawa ke Malaysia akibat peperangan di Bosnia Herzagovina,sebilangan besar kanak-kanakitu didapati mempunyai gangguan emosi dan tingkah laku, termasuk gangguan tekananpascatrauma (post-traumatic stress disorder) akibat pelbagai trauma yang mereka alami(Kasmini & Rabaiah 1996) 10
  • 11. 3. Faktor-faktor Perlindungan Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai keadaan yang boleh melindung seseorangkanak-kanak daripada mendapat kesan negative akibat penderaan emosi. Penderaan emosimungkin dilakukan oleh seorang sahaja dalam keluarga, iaitu bapa, ibu, datuk atau sesiapajua pun. Ahli keluarga lain boleh memainkan peranan mereka sebagai faktor pelindung. Ahlikeluarga lain ini perlu memastikan ikatan emosi dan kemesraan mereka terhadap kanak-kanak yang didera emosi mereka diteruskan dan dipertingkatkan. Ini boleh memupukperhubungan positif dan menangkis perasaan benci kanak-kanak berkenaan terhadap orangdewasa lain. Kanak-kanak yang lebih cerdas dan berupaya melakukan apa yang patut untukdirinya tanpa mengharap orang lain, terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah,pada kebiasaannya tidak mudah untuk menerima padah akibat penderaan emosi (Rosenberg1987). Keadaan ini memberi penjelasan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satukeluarga yang sama boleh mengalami gangguan perkembangan mereka jika emosi merekadidera. 4. Persamaan Emosi yang Diluahkan dengan Penderaan Tiga kategori tingkah laku ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkah laku mendera emosikanak-kanak, penolakan, pengasingan dan sikap tidak peduli didapati mempunyai persamaandengan tingkah laku penjaga atau ahli keluarga terhadap pesakit skizofrenia. Tingkah laku inidikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion - EE) (Leff et al.1985) yang dipercayai boleh menentukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluargayang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritikdikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofreniahidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, makapesakit ini akan sukar untuk baik daripada penyakitnya walaupun rawatan ubat-ubatan diberidengan cukup. Kesimpulannya keluarga sedemikian dianggap sebagai pendera emosi pesakitskizofrenia dan tidak kurang bezanya dengan pendera emosi terhadap kanak-kanak. Inimenunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam mengawal sikap dan layananterhadap mereka yang sakit dan lemah agar mereka cepat sembuh. 11
  • 12. Faktor Psikologikal Penyebab Penderaan Kanak-KanakFaktor-faktor Teori Psikologikal Ibu Bapa Dan Masyarakat 1. PertengkaranIni bermaksud bahawa, ibu bapa yang menghadapi tekanan samada di tempat kerja,pertengkaran suami-isteri, dan sebagainya akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsamelepaskan geram. Menurut kajian saintifik terhadap otak manusia, apabila seseorang itutertekan terhadap situasi atau masalah yang dihadapi, maka otak mereka tidak akan dapatberfungsi dengan baik, maka dengan itulah segala tindakan yang dilakukan adalah berunsurmemberontak. Ini menunjukkan satu teori psikologikal telah terlibat. 2. Masalah KewanganTekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa juga sebagai salahsatu factor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waraskerana tekanan tersebut. Mereka sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti ataumemukul anak-anak. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yangsempurna.Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalantanpa wang. Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh. Perkara yang perludifikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi untuk masa depanyang masih panjang. 3. Masalah RumahtanggaPenderaan anak-anak lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraiankerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justerukanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka. 4. Masalah Penagihan Dadah dan ArakIbu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaankanak-kanak. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang diketahui,kesan dadah atauarak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akantanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa. 12
  • 13. 5. Faktor Ibu dan Ayah TiriFaktor ini adalah salah satu factor yang boleh dikatakan juga popular dalam berlakunyapenderaan kanak-kanak. Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akanberkahwin lain. Maka ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak hasildaripada perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak ini tidak berlakusewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada di rumah. Ayah atau ibu tiri ini akanmelakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini sewaktu ibu atau ayah mereka tiada. Jika didepan, dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut. Padakebiasaan nya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal danpenderaan yang dilakukan ayah tiri bersifat fizikal dan seksual. 6. Jumlah pendapatan pelakuGolongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendahiaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatanyang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiaphari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepadakeluarga. 7. Faktor Pengaruh Kisah SilamTerdapat juga penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh individu yang mengalami tekananemosi akibat kenangan silam dimana semasa mereka kecil, mereka juga pernah didera. Makamereka terbawak-bawak perkara tersebut sehingga mengakibatkan mereka melakukanpenderaan kepada kanak-kanak lain. 8. Penderaan Yang Dilakukan PengasuhPenderaan juga boleh berlaku dimana-mana termasuh di pusat asuhan kanak-kanak.Kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak yang merekatidak pasti latar belakangnya. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sebelum ibu bapa menghantaranak-anak mereka, mereka perlu menitik beratkan latar belakang tempat yang hendakdihantar dan latar belakang pengasuhnya. Apabila berlaku penderaan anak mereka barulahmereka mula sedar betapa silapnya cara mereka yang tidak terlalu mengambil endah perkaratersebut. 13
  • 14. Rumusan Pengenalan awal terhadap kes penderaan emosi di kalangan kanak-kanak adalahpenting. Ini kerana kanak-kanak masih melalui perkembangan fizikal, mental dan psikologi.Setiap detik gangguan boleh membawa pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangansehingga menggangu saat-saat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Jika pembentukansahsiah kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akantimbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa. Dalam kebanyakan situasi,masalah mental dan sosial boleh melemahkan lagi tunggak kekeluargaan pada masa akandatang. Ini sudah tentu merugikan semua pihak. Pakar psikiatri, terutama sekali pakarpsikiatri kanak-kanak dan remaja, perlu prihatin dan memainkan peranan mereka dalamurusan ini dan memastikan supaya sesuatu tindakan diambil sejak awal lagi. Orang lain atauahli keluarga lain mungkin tidak boleh mencegah penderaan emosi atau tidak bolehmelindungi kanak-kanak dengan sepenuhnya daripada melalui peristiwa yang traumatik,tetapi mereka boleh membantu secara pendidikan iaitu memberi perlindungan bagimengurangkan kesan penderaan emosi, terutama sekali terhadap harga diri kanak-kanak.Pihak perundangan juga perlu memainkan peranan mereka dengan lebih bijaksana danberkesan dalam pengurusan kes-kes penderaan. Akibat Penderaan Emosi kepada kanak-kanakdisini terdapat pelbagai kesan negatif boleh berlaku apabila kanak-kanak menjadi mangsaderaan emosi. Kesan negatif ini boleh timbul dalam jangka masa pendek dan jangka masapanjang. Kesan yang timbul, sama ada dalam bentuk perubahan tingkah laku atau salah lakuatau gangguan emosi, biasanya tidak mudah dikenal pasti. Hanya dengan penelitian setiap kessecara halus dan terperinci melalui pengambilan sejarah (Kasmini 1993) yang teliti bolehmembantu seseorang mengesyaki atau mengesahkan wujudnya kaitan antara masalah tingkahlaku yang dibentangkan dengan deraan emosi yang dialami oleh kanak-kanak.