Jabatan Kebajikan Masyarakat |
Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat kini bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasaran iaitu kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, orang papa, keluarga, mangsa bencana seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya, pembangunan komuniti serta skim bantuan kebajikan.
VisiMasyarakat Sejahtera Dan Penyayang
Misi
Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Sosial
Objektif
-
Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan
-
Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari
-
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
-
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik
Logo dalam bentuk hati membayangkan masa depan dan pemodenan jabatan serta pendayaupayaan yang maksimum dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan secara menyeluruh. Pendayaupayaan ini disokong oleh rasa kasih saying dan kefahaman yang positif daripada kumpulan sasaran dan masyarakat secara keseluruhannya.
Bulatan berwarna jingga di atas hati merupakan simbolik yang mewakili usaha kemanusiaan yang dijalankan dalam merealisasikan misi dan visi jabatan, manakala warna ungu melambangkan sifat semulajadi jabatan yang proaktif dan dinamik selaku sebuah organisasi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
Sebagai rasa kebanggaan terhadap usaha yang dijalankan, warna-warna jalur gemilang seperti merah, putih, biru dan kuning telah dipilih sebagai asas terhadap integrasi, integriti, dedikasi serta komitmen individu, masyarakat dan bangsa keseluruhannya.