Monday, 7 May 2012

Jabatan Kebajikan Masyarakat PDF Print Write e-mail

 Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat kini bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasaran iaitu kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, orang papa, keluarga, mangsa bencana seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya, pembangunan komuniti serta skim bantuan kebajikan.
MottoBerkat Berjasa

VisiMasyarakat Sejahtera Dan Penyayang

Misi

Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Sosial

Objektif
  • Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan
  • Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari
  • Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
  • Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik
Rasional Logo JKMLogo ini dicipta sebagai memenuhi aspirasi bangsa yang progresif dan membangun. Justeru itu, keseimbangan yang berterusan antara infrastruktur dan pembangunan kebajikan dapat dicapai
Logo dalam bentuk hati membayangkan masa depan dan pemodenan jabatan serta pendayaupayaan yang maksimum dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan secara menyeluruh. Pendayaupayaan ini disokong oleh rasa kasih saying dan kefahaman yang positif daripada kumpulan sasaran dan masyarakat secara keseluruhannya.
Bulatan berwarna jingga di atas hati merupakan simbolik yang mewakili usaha kemanusiaan yang dijalankan dalam merealisasikan misi dan visi jabatan, manakala warna ungu melambangkan sifat semulajadi jabatan yang proaktif dan dinamik selaku sebuah organisasi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
Sebagai rasa kebanggaan terhadap usaha yang dijalankan, warna-warna jalur gemilang seperti merah, putih, biru dan kuning telah dipilih sebagai asas terhadap integrasi, integriti, dedikasi serta komitmen individu, masyarakat dan bangsa keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment