Wednesday 3 October 2012

Printah Khidmat Masyarakat (PKM)

2,730 jalani hukuman khidmat masyarakat, ramai golongan muda
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
'Terpengaruh gaya hidup mewah'
Che Ngah bersama pegawai JKM dan wakil NGO di Institusi Pertubuhan Sukarela Kebajikan di Gunung Ledang Resort.
MUAR -  Sebanyak 2,730 kes membabitkan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) direkodkan di negara ini, dan separuh daripada jumlah itu didapati melakukan kesalahan membabitkan harta-benda, terutamanya mencuri.

Pengarah Bahagian Perintah Khidmat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Che Ngah Ismail berkata, ramai golongan pertengahan bawah melakukan kesalahan itu  kerana terpengaruh dengan gaya hidup moden dan mewah seperti mahu memiliki telefon pintar.

Menurutnya, apabila tidak berkemampuan membelinya, mereka tiada pilihan lain lalu mencuri.

“Kajian kita mendapati golongan muda iaitu berusia antara 18 hingga 21 tahun yang tertakluk kepada PKM, sebahagian besar datang daripada keluarga bermasalah serta miskin.

“Mereka menginginkan gaya hidup mewah, sedangkan tidak mampu. Sebab itu, mereka melakukan kesalahan seperti mencuri dan dikenakan tindakan oleh mahkamah di bawah PKM,” katanya selepas menyampaikan taklimat peluasan pelaksanaan PKM di institusi pertubuhan sukarela, di Gunung Ledang Resort, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah.

Taklimat berkenaan diadakan khusus bagi memberi penerangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan terbabit sama melaksanakan PKM di seluruh negara tidak lama lagi.

Che Ngah berkata, sejumlah 1,472 iaitu 54 peratus kesalahan di bawah PKM dilakukan membabitkan harta-benda diikuti 217 kes dadah, sabit manusia (139), lalu lintas (636) selain senjata (52) dan lain-lain (214).

Tambahnya, kesalahan berkenaan menyebabkan pesalah muda terbabit diperintah melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi 240 jam pada masa dan tempat ditentukan oleh mahkamah mengikut Seksyen 293(1)(e)(i) Kanun Tatacara Jenayah.

“Sejak dilaksanakan pada 2008, kita dapati daripada 1,200 pesalah muda yang sudah menjalani program ini, 96 peratus daripadanya tidak mengulangi kesalahan sama dan hanya 3.36 peratus kembali melakukan kesalahan selepas enam bulan dibebaskan berdasarkan data diperoleh bersama Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan statistik, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 382 diikuti Kedah (322), Selangor (311), Johor (218) dan Negeri Sembilan (208).

No comments:

Post a Comment