- 1. Pendahuluan Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empat jenis penderaan yangutama, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan kerana mereka diabaikanpenjagaan dan penderaan emosi (Malaysia 1991). Penderaan fizikal adalah apabila kanak-kanak didera secara fizikal dan terdapat kecederaan yang keterlaluan yang boleh dilihat padamana-mana bahagian tubuh badan kanak-kanak berkenaan akibat penggunaan kekerasan atauagen. Kekerasan ini dilakukan dengan sengaja terhadap tubuh badan kanak-kanak denganadanya bukti laserasi, kontusi, calar, parut, patah atau kecederaan tulang, seliuh, pendarahan,pecah viskus, luka bakar (burn), melecur, kehilangan rambut atau gigi. Penderaan emosi ialah terdapat gangguan yang kerterlaluan atau boleh dilihat padafungsi mental atau emosi kanak-kanak yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental atautingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri, tingkah laku agresif ataukerencatan perkembangan. Definisi penderaan emosi masih kabur dan tidak jelas. Penderaanini tidak seperti penderaan fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan di mana pihak pekerjaperubatan, perundangan, kepolisan, sosial dan masyarakat umum boleh mengenali masalahini dengan mudah. Ketiga-tiga jenis penderaan ini sudahpun dimasukkan ke dalam AktaPerlindungan Kanak-kanak 1991 yang baru digubal (Malaysia 1991). Semua jenis penderaan,tidak kira secara fizikal, seksual atau pengabaian penjagaan, tidak dapat dipisahkan daripadaaspek penderaan terhadap emosi. Sebenarnya penderaan emosi primer juga berlaku secarabersendirian. Penderaan emosi berlaku dalam apa jua jenis penderaan. Apabila penderaanemosi berlaku bersamasama dengan penderaan lain, kesan penderaan terhadap emosisebenarnya adalah jauh lebih serius, mendalam dan berpanjangan berbanding dengan kesanakibat penderaan fizikal terhadap tubuh badan. Kebanyakan doktor yang merawat tidakmengenali aspek penderaan emosi ini dan hanya menekankan rawatan terhadap kecederaanfizikal yang memang jelas kelihatan. Keadaan yang serupa juga berlaku pada kanak-kanakdan remaja yang didera secara seksual dan diabai penjagaan mereka. 1
- 2. Penderaan Emosi Penderaan adalah satu „trauma‟. Perkataan trauma berasal daripada perkataan Greekyang bermaksud „ditebuk‟. Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yangpecah (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi. Dalam ertikata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehinggamengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan.Serupa dengan keadaan tadi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yangmencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu tergangguuntuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnyaperasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistemperlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan seterusnyamembawa kepada kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episode pahityang dilalui dahulu. Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula dihuraikandalam jurnal sejak awal tahuntujuh puluhan. Pada masa itu pakar psikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiadapersetujuan dan kata sepakat tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidak mengadu emosimereka didera dan simptom yang wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala,pemeriksaan pada tubuh badan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidakada kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalamperkembangan diri terutama sekali pada personaliti mereka. Walaupun sukar dikesan,penderaan emosi tetap menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatanterutamanya dalam bidang psikiatri. 2
- 3. Ciri-ciri Penderaan Emosi Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberi kasih sayangdan penjagaan secara berterusan, sering mengancam mengutuk dan/atau menjerit kepadaanak. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri dan menunjukkantingkah laku cemas dan/atau pengasingan diri sehingga terganggu kesihatan mental mereka(Thompson & Kaplan 1996). Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang tertentuiaitu:1. Tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang tidak sihat.2. Bentuk interaksi.3. Kelemahan kanak-kanak.4. Kerosakan psikologi. 1. Tingkah Laku Ibu Bapa atau Penjaga yang tidak Sihat Garbarino, Gattman & Sealey et al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibubapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan(rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring)dan merasuah fikiran (corrupting).1. Penolakan: Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja engganmenolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak tersebut memerlukan pertolongansehingga secara tidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yangmenunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina,kesat, melabelnya sebagai orangyang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka danharga diri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjagaapabila dalam keadaan marah. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku danmenerima anak mereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentuk penolakan.2. Pengasingan: Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkananak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang.Tindakan ibu bapa atau penjaga yang langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan 3
- 4. berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan.Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usahamendisiplin anak yang melampaui batas.3. Menakutkan: Ini bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh danmeninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkantingkah laku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibu bapa, penjaga atauorang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orangyang disayangi oleh anak itu. Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirianapabila orang yang anak itu sayangi cedera atau mati atau dipisahkan dari mereka dengansengaja. Tingkah laku menakutkan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secaraseksual dan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui prosespenceraian.4. Sikap tidak peduli - menolak tindak balas emosi (Ignoring - Denying emotionalresponsiveness): Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidakmempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka. Ibu bapasebegini melayan anak mereka secara mekanikal sahaja. Mereka langsung tidak mempunyaiperasaan terhadap anak. Mereka tidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali menciumanak dan merapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalah dengan caraperbuatan melupakan atau dengan tidak melakukan apa-apa (acts of omission). Dalam ertikata lain, mereka tidak berminat untuk menjalinkan emosi dengan anak. Tingkah laku inisering terjadi pada kanak-kanak yang dianaktirikan.5. Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak (Corrupting and Exploiting): Ini menunjukkantingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anakmelakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yangmenyimpan anak dalam rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba atau penjagakepada anak-anak lain, walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Ibu bapa yang menggalakkananak terlibat dengan pornografi juga dianggap mengeksploitasi anak. Ibu bapa yangmempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak merupakan satuperbuatan merasuah (corrupt) fikiran anak, terutama sekali terhadap anak yang dipaksamelakukan perbuatan keji sedangkan anak-anak itu enggan mengikut jejak langkah ibu bapamereka. Penjelasan di atas tidak termasuk aspek amalan dalam sebarang budaya yangmungkin menganggap salah satu tingkah laku yang tersenarai di atas sebagai satu amalannormal mereka. 4
- 5. 2. Bentuk Interaksi Faktor kedua yang perlu diberi perhatian untuk memenuhi ciri-ciri penderaan emosiadalah aspek sejauh manakah atau seberat manakah interaksi yang disebut dalam ciri pertamaberlaku antara sipendera dengan mangsa. Deraan yang mempunyai keamatan yang kuat dankerap berlaku dalam tempoh masa yang panjang dan berterusuan akan memberi kesan burukyang berpanjangan. Ketiga-tiga perkara ini, iaitu keamatan, kekerapan dan tempohpenderaan, perlu diambil kira untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu merupakan kespenderaan emosi. Ini adalah kerana hampir setiap kanak-kanak pernah melalui, mengalamidan merasai tindakan ibu bapa yang memarahi mereka dengan kata-kata kesat atau ditakutkanpada suatu ketika dahulu. Tetapi oleh kerana keamatan, kekerapan dan jangka masanyaadalah tidak berpanjangan atau terjadi secara berasingan, maka kumpulan ini boleh dikatakantidak mengalami penderaan emosi. Penderaan emosi berlaku apabila kanak-kanak didedahkankepada suasana keibubapaan yang tidak sihat sehingga anak-anak hidup dalam suasana dimana keji-mengeji, kutuk-mengutuk dan cerca-mencerca merupakan satu kebiasaan dalamhidup seharian mereka. Mereka boleh menjadi lali tetapi apabila terdapat kesan negatifterhadap perkembangan mereka, maka ini memenuhi kriteria penderaan emosi. Golongan ibubapa yang amat berkemungkinan untuk mendera emosi anak-anak mereka terdiri daripada ibubapa yang hidup dalam keadaan sosial yang terasing (Hickox & Furnell 1989) danmenunjukkan hubungan dan pergaulan dengan orang lain yang tidak memuaskan dan ganas(Junewicz 1983). 3. Kelemahan Kanak-kanak (Child Vulnerabilities) Ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak juga menentukan sama ada kanak-kanakmempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penderaan emosi. Antara faktor yangdikatakan boleh menyebabkan anak-anak berkenaan lebih berkemungkinan mengalamipenderaan emosi adalah jika kanak-kanak itu tidak mendapat sokongan dan penjagaantambahan daripada orang dewasa yang lain sama ada dari dalam atau luar keluarga. Peringkatumur kanak-kanak semasa penderaan emosi berlaku adalah di bawah umur 12 tahun danmereka mempunyai kecerdasan akal yang kurang. Yang anehnya, kanak-kanak yangmempunyai kecerdasan akal yang tinggi didapati lebih kerap dilanda kesan buruk yangberpanjangan akibat penderaan emosi . Ini adalah kerana mereka lebih berupaya mentafsirdan menilai maksud penderaan emosi terhadap diri mereka. 5
- 6. 4. Kerosakan Psikologi Untuk memenuhi ciri-ciri penderaan emosi, kerosakan pada perkembangan psikologiterhadap mangsa perlu disahkan berlaku. Maksud kerosakan psikologi ialah kerosakan dankecacatan yang berlaku pada proses perkembangan, serta kerencatan pada potensiperkembangan dan kreatif mental kanak-kanak itu. Proses perkembangan mental yangpenting ialah kecerdasan akal, ingatan, pengenalan, persepsi, fokus tumpuan, penguasaanbahasa, perkembangan moral dan seterusnya. Apabila berlaku kerosakan, kecacatan dankerencatan pada proses perkembangan, tidak kira serta merta atau kemudian, akanmenyebabkan kerosakan pada tingkah laku, fungsi kognitif, afektif dan fungsi fizikal kanak-kanak berkenaan. Kesemua ini menunjukkan bahawa perkembangan emosi dan psikologikanak-kanak, walaupun dihuraikan secara berasingan tetapi berhubung kait antara satu samalain dan perlu dinilai dalam pemeriksaan klinikal pada kanak-kanak. Ini bermakna penderaanemosi dikenal pasti dan disahkan berlaku setelah tiga komponen penting berikut dapatditentukan:1. Terdapat tingkah laku dan tindak-tanduk ibu bapa yang boleh menyebabkan kerosakan dankecederaan.2. Terdapat kerosakan dan kecederaan pada anak.3. Terdapat perhubungan yang jelas di antara tindak-tanduk ibu bapa atau penjaga dengankerosakan dan kecederaan pada anak. 6
- 7. Faktor-faktor Penderaan Emosi 1. Penceraian Tempoh masa sebelum proses penceraian berakhir selalunya merupakan tempoh masayang amat genting. Dalam tempoh ini biasanya berlaku konflik, pergaduhan dan keganasandalam rumah tangga. Dalam keadaan sebegini anak-anak mudah menjadi mangsa penderaanemosi terutama sekali jika mereka masih kecil. Suasana rumahtangga yang tegang dandipenuhi dengan cara berkomunikasi yang marah-memarahi, kerap berselisih faham,bertelingkah ataupun tiada komunikasi secara lisan di antara ibu bapa, merupakan keadaanyang sebenarnya menyebabkan anak-anak berasa tertekan. Perbuatan ibu atau bapa yangmencerca dan melakukan keganasan di antara satu sama lain atau menyampaikan hal-halkurang baik dihadapan anak seperti mengutuk ibu atau bapa kepada anak di belakang ibu ataubapa tersebut juga boleh membuat anak itu berasa cemas dan takut. Sekiranya keadaan inikerap berlaku dan berlarutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun akan memberikesan negatif pada perkembangan anak. Anak yang sentiasa hidup dalam kancahrumahtangga sebegini, biasanya tidak sempurna kehidupan mereka dan mempunyai risikoyang tinggi untuk mendapat gangguan emosi masa akan datang. Penderaan terhadap emosimereka sewaktu ibu bapa melalui proses penceraian, walaupun dianggap serius danmendalam, kadangkala kesannya terhadap kanak-kanak tidak sebegitu ketara pada zahirnya.Ini memberi gambaran kepada orang lain seolah-olah tiada apa yang berlaku pada kanak-kanak tersebut. Tekanan paling hebat yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah sewaktu ibubapa melalui proses penceraian di mana anak itu masih bersama kedua-dua ibu bapa mereka(Block, Block & Gjerde 1986; Hetherington & Camara 1984). Oleh sebab itu kadangkalatindakan untuk bercerai terus dan tidak lagi hidup serumah dikatakan sebagai tindakan yangterbaik untuk memastikan segala tekanan dan keganasan rumahtangga tidak lagi menggangguperkembangan anak. Namun tindakan seperti ini masih dipertikaikan kerana tindakan untukbercerai juga tidak semestinya menyelesaikan semua masalah (Emery 1982; Hetherington,Cox & Cox 1982; Rutter 1971). Seterusnya setelah proses penceraian berakhir, tekanan danpenderaan emosi terhadap anak boleh berterusan. Tekanan tambahan bermula apabila anak-anak dipisahkan daripada ibu atau bapa mereka dan seterusnya apabila pihak ibu atau pihakbapa bertengkar untuk merebut hak penjagaan ke atas anak. Apabila perebutan hak penjagaananak ini dibawa ke mahkamah, tekanan kepada anak kadangkala boleh meningkat. Setiap 7
- 8. pihak akan memberi pelbagai alasan supaya keburukan ibu atau bapa menjadi bahanperbincangan di mahkamah. Pendedahan segala keburukan ibu atau bapa bertujuan, sekiranyaaduan ini didapati benar, maka pihak yang dikatakan mempunyai sifat yang tidak baik, tidakakan mendapat hak penjagaan anak. Dalam hal ini, kepentingan ibu atau bapa sahaja yangmenjadi perkara utama dan mendapat perhatian, manakala kepentingan anak tidak diambilkira. Ada juga yang tidak berminat terhadap hak penjagaan anak tetapi melakukan perebutanhanya untuk melepaskan geram. Justeru itu apabila kanak-kanak diserahkan kepada yangmendapat hak penjagaan sepenuhnya, pihak terlibat ada kalanya langsung tidak mengambiltahu perkara yang terlintas atau menghantui fikiran dan perasaan anak mereka. Kebanyakankanak-kanak akan menyalahi sama ada ibu atau bapa yang menyebabkan penceraian dan akanmemusuhi orang yang berkenaan. Sekiranya hak penjagaan diberikan kepada orang yangmereka musuhi atau yang disangkakan sebagai penyebab penceraian, si anak akan memikiratau beranggapan bahawa orang yang disayangi (yang tidak mendapat hak penjagaan) tidakmahukannya dan sengaja mahu menyerahkannya kepada orang yang tidak disukai olehnya.Lebih menyedihkan lagi ialah apabila orang yang mendapat hak penjagaan mengetahui dansedar akan hal ini, memarahi anak itu apabila si anak menunjukkan tingkah laku yang tidakdisenangi, sehingga melakukan tingkah laku penolakan. Ini dilakukan dengan tujuan untukmenyakitkan hati pihak yang tidak mendapat hak penjagaan. Apabila penjaga yang tidakberjaya ini mengetahui keadaan anaknya yang sengsara, maka akan tercetuslah perang mulutyang menjadi satu lagi tekanan pada anak. Bagi si ibu atau si ayah yang becerai dan bencikanbekas suami atau isteri, sekiranya anak lelaki atau perempuan yang dijaga mempunyai parasrupa dan tingkah laku seperti bekas suami atau isteri, maka mereka pula akan lebih mudahdimaki hamun dan kadangkala dibenci secara berterusan. Ini kerana si anak ini mengingatkanmereka kepada orang yang tidak disukai atau dibenci. Dalam penceraian yang melibatkanpenjagaan kepada seorang anak sahaja, biasanya anak itu akan berulang-alik dari saturumah ke satu rumah yang lain secara bergilir-gilir jika hak penjagaan diberi dengan adil.Kadangkala si anak berasa lebih selesa berada di satu rumah sahaja dan tidak mahu pergi kerumah yang satu lagi. Paksaan biasanya dilakukan oleh ibu atau bapa supaya anak tetap pergike rumah yang satu lagi. Ini berlaku kerana ibu atau bapa perlu mengikut segala perintahmahkamah. Keadaan begini merupakan penderaan emosi, terutama sekali apabila anakmengalami gangguan dan perubahan tingkah laku. Antaranya seperti penurunan prestasisekolah, sering mengigau pada waktu malam, timbulnya penyakit psikosomik sepertipenyakit lelah yang menjadi teruk dan sebagainya apabila anak itu dipaksa juga pergi kerumah yang tidak disukainya. Kadangkala oleh kerana si ibu atau si ayah takut melawan 8
- 9. atau melanggar keputusan mahkamah apabila anak tersebut perlu diserahkan kepada ayahatau ibu mengikut giliran si anak itu akan ditakutkan. Sedangkan dia mengetahui si anaktidak mahu pergi berjumpa ayah atau ibunya. Pelbagai cara digunakan seperti “nantiemak/ayah akan dipenjarakan”, “nanti emak/ayah akan dibunuh” dan sebagainya. Segalanyaini merisaukan anak dan membuat anak itu berada dalam konflik dan dilemma. Dalamkeadaan yang melibatkan dua atau lebih anak, pembahagian dan perpisahan di antara anak-anak juga berlaku. Apabila dua beradik yang sangat rapat dipisahkan dan tidak dibenarkanatau tidak mendapat peluang berjumpa setelah dipisahkan adalah satu penderaan emosi.Dengan itu dalam penceraian, anak-anak perlu melalui pelbagai masa peralihan sepertiberikut:1. Peralihan semasa keluarga asalnya berpecah.2. Peralihan untuk hidup bersama ibu atau bapa sahaja.3. Peralihan untuk menyesuaikan diri hidup dengan ayah dan/ibu tiri.4. Peralihan untuk hidup bersama adik beradik tiri.Setiap peralihan yang dilalui merupakan satu tekanan dan konflik kepada anak-anak yangterlibat. Biasanya setelah penceraian berlaku perhubungan dan komunikasi antara anakdengan ibu bapa kandung mereka akan berkurangan. Disiplin terhadap anak oleh ibu bapakandung juga tidak tentu arah. Si ibu mungkin akan mendisiplinkan anak dengan kurangkonsisten dan tidak sebegitu tegas terutama sekali pada anak lelaki yang sebelum ini lebihdidisiplinkan oleh ayahnya. Lama-kelamaan anak lelaki tersebut mungkin akan menjadi lebihagresif dan tidak mengikut kata. Seterusnya si ayah akan menyalahkan ibu kerana tidakpandai mendisiplin anak. Si ibu pula akan menyampaikan perkara ini kepada anak dan iniboleh mendorong ibu untuk memarahi anak kerana si ibu sendiri juga berada dalam keadaantertekan dan rasa bersalah. Si ayah pula akan lebih memanjakan anak sekiranya dia hanyadapat berjumpa dengan anaknya sekali-sekala sahaja, kerana si ibu yang biasanya mendapatpenjagaan sepenuh masa. Ini pun jika si ayah mahu berjumpa dengan anaknya. Keadaanseperti ini juga merupakan satu tekanan kepada anak jika si ayah tidak mengambil beratuntuk berjumpa anak yang amat berharap untuk berjumpa dengan ayah, tetapi si ayahmemberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa anak. Bagi si ayah yang sudah tidak ingatkanlagi anak-anak dan bekas isterinya kerana khayal dengan minat baru seperti ada isteri lain,anak-anak ini biasanya tidak akan dipedulikan langsung, jauh sekali mahu berjumpa mereka.Tindakan ini menyayatkan hati dan perasaan anak yang merasa kesakitannya lebihmenyakitkan daripada dipukul. Ini merupakan penderaan emosi jenis tidak peduli (denyingemotional responsiveness). Hubungan emosi dengan ayah terputus apabila si ayah tidak 9
- 10. memberi layanan dan perhatian ketika pihak anak sangat memerlukan kasih sayang danlayanan daripadanya. Dalam keadaan sebegini, anak-anak akibat penceraian didapati mudahmenunjukkan tingkah laku yang buruk apabila emosi mereka didera teruk, terutama sekaliapabila ibu dan ayah tidak memainkan peranan mereka dengan baik dalam semua urusanpenceraian. Perasaan dan tingkah laku ibu bapa seperti tadi menjadi punca penderaan emositerhadap anak-anak. 2. Peperangan dan Keganasan Lain Kanak-kanak yang membesar dalam suasana keganasan dalam keluarga keranamempunyai ibu bapa yang bersifat ganas, menagih dadah, arak dan mengalami gangguanmental dan emosi ataupun berada dalam suasana peperangan negara biasanya berada dalamkeadaan cemas sepanjang masa dalam jangka masa yang panjang (Cheah, Amin & Kasmini1996; Kasmini et al. 1994; Kasmini 1992a). Ini memenuhi kriteria sebagai satu jenispenderaan emosi. Kanak-kanak dalam kumpulan ini lebih banyak mengalami dan melaluisuasana yang mendera emosi mereka. Dalam suasana peperangan, pendera pada emosimereka biasanya bukanlah ibu atau bapa mereka. Pendera emosi mereka adalah orang luardan keadaan sekeliling mereka, mengikut apa yang mereka lihat dan alami (Middleton-Moz1989). Mereka berada dalam ketakutan dan yang lebih menyeksakan emosi mereka ialahapabila melihat ahli keluarga tersayang dibunuh atau dicederakan di hadapan mereka.Perasaan yang nyawa mereka juga terancam dan diri mereka sendiri sentiasa berada dalamkeadaan bahaya menyebabkan timbulnya perasaan takut yang amat sangat. Golongan dewasayang melakukan keganasan terhadap orang yang anak itu sayangi dan kemudiannyameninggalkan anak tersebut sudah tentu menimbulkan perasaan cemas dalam diri kanak-kanak berkenaan. Perasaan cemas ini bertambah sekiranya anak itu sendiri menjadi saksikepada keganasan tersebut. Dalam kumpulan kanak-kanak Bosnia yang dipindahkan dandibawa ke Malaysia akibat peperangan di Bosnia Herzagovina,sebilangan besar kanak-kanakitu didapati mempunyai gangguan emosi dan tingkah laku, termasuk gangguan tekananpascatrauma (post-traumatic stress disorder) akibat pelbagai trauma yang mereka alami(Kasmini & Rabaiah 1996) 10
- 11. 3. Faktor-faktor Perlindungan Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai keadaan yang boleh melindung seseorangkanak-kanak daripada mendapat kesan negative akibat penderaan emosi. Penderaan emosimungkin dilakukan oleh seorang sahaja dalam keluarga, iaitu bapa, ibu, datuk atau sesiapajua pun. Ahli keluarga lain boleh memainkan peranan mereka sebagai faktor pelindung. Ahlikeluarga lain ini perlu memastikan ikatan emosi dan kemesraan mereka terhadap kanak-kanak yang didera emosi mereka diteruskan dan dipertingkatkan. Ini boleh memupukperhubungan positif dan menangkis perasaan benci kanak-kanak berkenaan terhadap orangdewasa lain. Kanak-kanak yang lebih cerdas dan berupaya melakukan apa yang patut untukdirinya tanpa mengharap orang lain, terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah,pada kebiasaannya tidak mudah untuk menerima padah akibat penderaan emosi (Rosenberg1987). Keadaan ini memberi penjelasan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satukeluarga yang sama boleh mengalami gangguan perkembangan mereka jika emosi merekadidera. 4. Persamaan Emosi yang Diluahkan dengan Penderaan Tiga kategori tingkah laku ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkah laku mendera emosikanak-kanak, penolakan, pengasingan dan sikap tidak peduli didapati mempunyai persamaandengan tingkah laku penjaga atau ahli keluarga terhadap pesakit skizofrenia. Tingkah laku inidikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion - EE) (Leff et al.1985) yang dipercayai boleh menentukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluargayang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritikdikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofreniahidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, makapesakit ini akan sukar untuk baik daripada penyakitnya walaupun rawatan ubat-ubatan diberidengan cukup. Kesimpulannya keluarga sedemikian dianggap sebagai pendera emosi pesakitskizofrenia dan tidak kurang bezanya dengan pendera emosi terhadap kanak-kanak. Inimenunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam mengawal sikap dan layananterhadap mereka yang sakit dan lemah agar mereka cepat sembuh. 11
- 12. Faktor Psikologikal Penyebab Penderaan Kanak-KanakFaktor-faktor Teori Psikologikal Ibu Bapa Dan Masyarakat 1. PertengkaranIni bermaksud bahawa, ibu bapa yang menghadapi tekanan samada di tempat kerja,pertengkaran suami-isteri, dan sebagainya akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsamelepaskan geram. Menurut kajian saintifik terhadap otak manusia, apabila seseorang itutertekan terhadap situasi atau masalah yang dihadapi, maka otak mereka tidak akan dapatberfungsi dengan baik, maka dengan itulah segala tindakan yang dilakukan adalah berunsurmemberontak. Ini menunjukkan satu teori psikologikal telah terlibat. 2. Masalah KewanganTekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa juga sebagai salahsatu factor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waraskerana tekanan tersebut. Mereka sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti ataumemukul anak-anak. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yangsempurna.Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalantanpa wang. Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh. Perkara yang perludifikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi untuk masa depanyang masih panjang. 3. Masalah RumahtanggaPenderaan anak-anak lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraiankerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justerukanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka. 4. Masalah Penagihan Dadah dan ArakIbu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaankanak-kanak. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang diketahui,kesan dadah atauarak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akantanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa. 12
- 13. 5. Faktor Ibu dan Ayah TiriFaktor ini adalah salah satu factor yang boleh dikatakan juga popular dalam berlakunyapenderaan kanak-kanak. Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akanberkahwin lain. Maka ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak hasildaripada perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak ini tidak berlakusewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada di rumah. Ayah atau ibu tiri ini akanmelakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini sewaktu ibu atau ayah mereka tiada. Jika didepan, dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut. Padakebiasaan nya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal danpenderaan yang dilakukan ayah tiri bersifat fizikal dan seksual. 6. Jumlah pendapatan pelakuGolongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendahiaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatanyang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiaphari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepadakeluarga. 7. Faktor Pengaruh Kisah SilamTerdapat juga penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh individu yang mengalami tekananemosi akibat kenangan silam dimana semasa mereka kecil, mereka juga pernah didera. Makamereka terbawak-bawak perkara tersebut sehingga mengakibatkan mereka melakukanpenderaan kepada kanak-kanak lain. 8. Penderaan Yang Dilakukan PengasuhPenderaan juga boleh berlaku dimana-mana termasuh di pusat asuhan kanak-kanak.Kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak yang merekatidak pasti latar belakangnya. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sebelum ibu bapa menghantaranak-anak mereka, mereka perlu menitik beratkan latar belakang tempat yang hendakdihantar dan latar belakang pengasuhnya. Apabila berlaku penderaan anak mereka barulahmereka mula sedar betapa silapnya cara mereka yang tidak terlalu mengambil endah perkaratersebut. 13
- 14. Rumusan Pengenalan awal terhadap kes penderaan emosi di kalangan kanak-kanak adalahpenting. Ini kerana kanak-kanak masih melalui perkembangan fizikal, mental dan psikologi.Setiap detik gangguan boleh membawa pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangansehingga menggangu saat-saat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Jika pembentukansahsiah kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akantimbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa. Dalam kebanyakan situasi,masalah mental dan sosial boleh melemahkan lagi tunggak kekeluargaan pada masa akandatang. Ini sudah tentu merugikan semua pihak. Pakar psikiatri, terutama sekali pakarpsikiatri kanak-kanak dan remaja, perlu prihatin dan memainkan peranan mereka dalamurusan ini dan memastikan supaya sesuatu tindakan diambil sejak awal lagi. Orang lain atauahli keluarga lain mungkin tidak boleh mencegah penderaan emosi atau tidak bolehmelindungi kanak-kanak dengan sepenuhnya daripada melalui peristiwa yang traumatik,tetapi mereka boleh membantu secara pendidikan iaitu memberi perlindungan bagimengurangkan kesan penderaan emosi, terutama sekali terhadap harga diri kanak-kanak.Pihak perundangan juga perlu memainkan peranan mereka dengan lebih bijaksana danberkesan dalam pengurusan kes-kes penderaan. Akibat Penderaan Emosi kepada kanak-kanakdisini terdapat pelbagai kesan negatif boleh berlaku apabila kanak-kanak menjadi mangsaderaan emosi. Kesan negatif ini boleh timbul dalam jangka masa pendek dan jangka masapanjang. Kesan yang timbul, sama ada dalam bentuk perubahan tingkah laku atau salah lakuatau gangguan emosi, biasanya tidak mudah dikenal pasti. Hanya dengan penelitian setiap kessecara halus dan terperinci melalui pengambilan sejarah (Kasmini 1993) yang teliti bolehmembantu seseorang mengesyaki atau mengesahkan wujudnya kaitan antara masalah tingkahlaku yang dibentangkan dengan deraan emosi yang dialami oleh kanak-kanak.
Tuesday, 19 February 2013
MASALAH PENDERAAN KANAK-KANAK DI MANA TANGGUNGJAWAB JKKD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment