Ke
hadapan anakanda calon-calon SPM dan STPM Daerah Pontian yang dikasihi.
Ayahanda dan barisan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Pontian doakan
agar anakanda sekalian dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi
peperiksaan SPM dan STPM 2012 nanti.
Ayahanda sangat mengharapkan agar
anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk
peperiksaan yang penting ini.
Anakandaku
pelajar-pelajar yang dikasihi..
Warkah
ini juga umpama harapan dan kasih sayang yang tulus dari ayahanda yang
terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yang cemerlang dalam hidup
anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan
ayahanda jua.
Anakanda
yang dikasihi,
Ingatlah perjuanganmu untuk menjadi yang "TERBAIK" adalah suatu tuntutan, demi harga dirimu, demi kasih sayang ayah dan ibu, demi pengorbanan guru-guru dan demi masa hadapanmu yang lebih cemerlang.
Ingatlah perjuanganmu untuk menjadi yang "TERBAIK" adalah suatu tuntutan, demi harga dirimu, demi kasih sayang ayah dan ibu, demi pengorbanan guru-guru dan demi masa hadapanmu yang lebih cemerlang.
Anakandaku
yang budiman…
Kejayaan
yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan
yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda
bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh
dicapai. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk cemerlang adalah pengalaman
manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sifat putus asa dan bertangguh
hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.
Anakanda
harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Cuba dapatkan sokongan
dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada
mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus
menjadikan anakanda pandai. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda
yakin mereka semua akan mendoakan anakanda. Sebelum ayahanda mengundur diri,
sekali lagi ayahanda nasihatkan agar anakanda menjaga kesihatan dan bersenamlah
selalu agar badan sihat dan cergas. Gunakanlah masa yang masih berbaki
ini sebaik yang mungkin.
Anakandaku
yang disayangi….Doa kami sentiasa buat anakanda yang tercinta.... dari seluruh JKKD Pontian
HJ MD ALI BIN ABDULLAH
Pengerusi JKKD Pontian
05 Nov 2012
HJ MD ALI BIN ABDULLAH
Pengerusi JKKD Pontian
05 Nov 2012