Monday 4 February 2013

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BIL 1/2013


MUQADDIMAH

Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam.Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman.

Dengan kesedaran inilah Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Pontian dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Pontian dan Majlis Kegiatan Dakwah Sekolah (MAKDIS) SMK Sri Kukup, mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada belia untuk mempelajari dan menginsafi perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Inilah Modal Insan yang cuba dibina oleh persatuan kami supaya menjadi agen pengembang , membina wasilah bangsa yang beriman lagi bertaqwa dan aura kendiri yang positif. Program ini diharapkan mendapat perhatian dari semua pihak untuk membantu dari segi pembiayaian dan kelancaran tentatifnya.

Semoga Allah SWT memberikan perlindungan dengan Rahmat dan kasih Sayang-Nya di dunia dan di akhirat.



VISI

Membentuk pelajar yang Beriman dan Bertaqwa Sebagai Aset Modal Insan Cemerlang Di Dunia dan Di Akhirat.

RASIONAL PROGRAM

Menyedari kemajuan bukan sahaja diukur dengan kemampuan fizikal atau infrastruktur tetapi menitik beratkan faktor sahsiah dan sosio budaya masyarakat yang didokong oleh akhlak remaja yang beriman dan bertqawa.

Menyuntik jatidiri untuk maju dan berdaya saing kepada pelajar sekolah menengah bagi mewarisi bangsa yang kebal dari sebarang ancaman rohani atau jasmani.

Mendekatkan belia dengan golongan pemimpin supaya bakat atau tanggung-jawab itu meresap ke dalam diri pelajar untuk menjadi pemimpin yang berkarisma dan berketerampilan di masa akan datang.

OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur tahyul dan mistik.

2. Mendidik generasi belia supaya meneruskan tanggungjawab pengurusan jenazah di kampung masing-masing.

3. Menyemai semangat persaudaraan dan bertanggung –jawab para belia dalam merancang bersama membangunkan perbadi selaras dengan saranan Perdana Menteri Malaysia.



SASARAN

80 orangpelajar berumur 14 tahun sehingga 18 tahun



MOTTO

INSPIRASI PELAJAR BERIMAN & BERTAQWA TUNJANG NEGARA GEMILANG


PENGENDALI KURSUS

1. Pejabat Agama Daerah Pontian
2. Jurulatih Pengurusan Jenazah Pejabat Agama Daerah Pontian
3. Penceramah Jemputan


  
JAWATANKUASA KERJA KURSUS PENGURSAN JENAZAH 2013


PENASIHAT :

As Syeikh Hj. Mohd Fauzi bin Hj. Bachok
PEGAWAI TADBIR AGAMA DAERAH PONTIAN

PUAN HJH ROHANI BTE ABD MANAF
PENGETUA SMK SRI KUKUP

PENGERUSI :

HJ MD ALI BIN ABDULLAH
PENGERUSI
JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH PONTIAN


NAIB PENGERUSI:
ENCIK A. RAHIM BIN A. RAHMAN
GPK PENTADBIRAN SMK SRI KUKUP


SETIAUSAHA KERJA : HJ MOHD ROZAMLI BIN ABDUL RAZAK

BENDAHARI : USTAZAH FATIMAH BTE ALI

PENYELARAS KURSUS : UST ZAKI HILWAN BIN ACHOK


JAWATANKUASA KERJA

PENDAFTARAN : HJH JAMILAH BINTI YAHAYA
PESIAPAN TEMPAT: MPP PRA U
JAMUAN : USTAZAH SALAMAH BINTI SEMA’ON
PERALATAN : UST OMAR BIN MAIDIN
RAKAMAN: UST ZAKI HILWAN BIN ACHOK
LAPORAN : USTAZAH ZARINA BTE ABF. RAHMAN







TENTATIF PROGRAM


Masa                    Acara


8.00am                  Pendaftaran peserta

8.15am                  Perasmian Oleh : As Syeikh Hj Mohd Fauzi bin Bachok
                             Kadi Daerah Pontian

8.45am                  Pengurusan Jenazah

10.00am                 Minum pagi

10.30am                 Praktikal Pengurusan Mandi Jenazah dan Kafan

12.00am                 Praktikal Solat Jenazah

12.30pm                 Pengurusan Pengkebumian

1.15pm                  Solat Zohor 

2.00pm                  Bengkel dan soal jawab

3.30pm                  Rumusan dan kesimpulan

4.15pm                  Majlis Penutup



PENUTUP


Semoga usaha kami ini dilindungi dan di Redhai Allah SWT.


Disediakan oleh ;


HJ
MD ALI BIN ABDULLAH
PENGERUSI
JKKD PONTIAN


No comments:

Post a Comment